Bagi penggemar Tat Telur, pasti pernah merasa keenakan Tat Telur Portugis yang biasa dijual di kedai-kedai bakeri. Harga boleh tahan mahal. Jika nak beli dalam jumlah yang banyak, agak ‘gerun’ nak membayarnya. Jadi kalau nak puas makan, apa kata anda hasilkan sendiri. Resipi perkongsian dari saudari Faridah Ainuddin ni antara yang terbaik boleh dicuba. Memang menjadi! Anda bolehlah cuba.

RESIPI TAT TELUR PORTUGIS GUNA PUFF PASTRY SEGERA

Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera
BAHAN-BAHAN ( dapat 25 biji tat):
Puff pastry segera – boleh beli di pasaraya
BAHAN KASTARD:
4 biji telur
Sedikit esen vanilla beli online disini
150ml air
250ml susu penuh krim ( full cream) – boleh gantikan dengan susu cair
120gm gula kastor beli online disini
1 sudu makan tepung jagung beli online disini
Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera
CARA MEMASAK:
1. Canai ‘manja’kulit pastri dan jangan terlalu nipis. Semasa mencanai, tabur sedikit tepung gandum supaya tidak melekat.
Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera2. Ambil acuan dan letakkan di atas pastri. Potong pastri lebih besar sedikit dari acuan. Sekeping pastri boleh dapat 5 biji tart. Satukan lebihan pastri, bulat-bulatkan, canai semula dan terap. Jika tiada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera3. Masukkan pastri ke dalam acuan dan tekan supaya rapat. Pastikan tiada gelembung udara. Ketepikan seketika dan pada masa yang sama, boleh panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera4. Untuk menyediakan kastard, satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera5. Tapis adunan kastard tadi dan barulah dituang ke dalam acuan berisi pastri tadi. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 40 minit.
Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera6. Keluarkan tat dan sedia untuk dinikmati.

Tip Buat Tat Telur Portugis Sedap Guna Puff Pastri Segera

 

Kredit resipi & foto: Faridah Ainuddin

Ads

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Mudah Masak Sotong Stim Limau Thai Yang Sedap

Ads

Cara Masak Kacang Botak Homemade Yang Rangup & Sedap

Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang

Cara Buat Peanut Butter Homemade Lebih Sihat & Tanpa Gula

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI