Bagi yang pernah cuba membuat apam merekah ini, salah satu bahan yang digunakan adalah air soda. Tapi tanpa menggunakan air bikarbonat itu pun apam tetap menjadi, merekah dan elok gebu. Dikongsi oleh peniaga apam ini sendiri, bagi yang nak mencuba boleh guna resipi berikut.
Bahan-bahan
250gm/2 cawan tepung gandum
200gm/1 cawan gula
¾ cawan full cream susu penuh krim – anggaran. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila
Pewarna merah secukupnya
Bijan hitam secukupnya
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sederhana. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas. Dalam masa yang sama isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus apam selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila apam sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan menghasilkan 23 biji apam bergantung pada saiz cawan kertas.
-Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
-Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
-Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
-Jarakkan acuan Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
-Kukus dengan api paling besar.
-Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
-Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya apam dapat kembang dengan mudah.
Kredit resipi & foto: Puan Eha