Gulai lemak pisang muda memang lauk yang enak tapi tak ramai yang tahu menyediakan lauk ini terutama kalangan anak muda.
Bagi yang ingin belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman. Menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang ada beberapa tip dikongsi termasuklah cara memotong pisang.
1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
8. Apabila mendidih elok kuah, tutup api.
Selamat mencuba
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman