
Goreng kacang tanah nampak mudah tapi kalau tak kena cara, terlebih masa dan api habis hangit semuanya. Jadi pahit pula nak makan dengan nasi lemak.
Supaya tak berlaku kejadian kacang tanah hangit ini, tip yang dikongsikan oleh Puan Eja Razak boleh digunapakai.
Caranya:
- Basuh dulu kacang toskan masuk terus dalam kuali kacau sekejap bagi air kering.

2. Masukkan minyak dalam 7 sudu untuk sekilo kacang guna api dapur paling kecil.
3. Rajin kacau masak dalam 25 minit.
4. Bila kacang makin ringan warna nak bertukar, tutup api terus angkat tos minyak.

5. Kalau rasa masa ni memang tak rangup lagi tak apa bila dalam proses sejuk dia akan rangup kacang masak elok.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
Sumber: Eja Razak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 5 Cara Goreng Bergedel Supaya Tak Hancur & Berminyak.

Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut RASA kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
PETUA GORENG BERGEDEL YANG SEMPURNA
1. Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
2. Masukkan Dalam Peti Sejuk
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
3. Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.

4. Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
5. Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
4 Cara Mudah Buka Penutup Botol Yang Ketat

Alamak! Susahnya nak buka penutup botol rempah ni, bila nak cepat ada je halangannya. Tangan pulak basah aduhai…. Anda pernah alami situasi sebegini? Jangan panik mahupun naik angin. Ini empat cara mudah tangani masalah penutup botol ketat.
Celup dalam air panas : Rebus air hingga mendidih kemudian celupkan bahagian penutup botol yang ketat ke dalam air panas untuk seketika. Kepanasan air mendidih itu boleh memberi tekanan udara di dalam botol dan hasilnya penutup botol boleh dibuka dengan mudah.
Guna sarung tangan plastik: Jika anda ada simpanan sarung tangan getah di rumah untuk kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk, kerja anda lebih mudah. Sebabnya sarung tangan plastk sifatnya kasar dan lebih mudah memberikan tekanan pada penutup botol dan akhirnya anda boleh membuka penutup botol dengan mudah.
Guna pengering rambut: Ini idea lebih kreatif. Udara panas yang dikeluarkan oleh pengering rambut membantu melonggarkan penutup botol, selepas beberapa minit penutup botol boleh dibuan dengan mudah.
Ketuk-ketuk bahagian bawah botol : Jika malas untuk ikut ketiga-tiga cara di atas, cuba ketuk dengaan tapak tangan bahagian bawah botol untuk memberi tekanan pada penutup botol supaya lebih mudah dibuka penutupnya. Tapi cara ini ambil masa sikit.
Macam mana, senangkan? Harap dengan perkongsian empat tip membuka penutup botol ini membantu memudahkan kerja-kerja anda di dapur.
Ini 4 Cara Mudah Hilangkan Bau Degil Pada Bekas Plastik Korang.

1. GARAM

Bau pada bekas plastik atau tupperware seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang tertinggal dan bersembunyi dalam celah-celah bekas plastik. Cara untuk bersihkannya m,udah sahaja. Ambil garam halus dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.
2. KERTAS SURAT KHABAR LAMA

Jika bekas makanan anda masih berbau, cuba pula gunakan kertas surat khabar lama. Ambil beberapa helai surat khabar dan renyukkan. Kemudian celupkan dengan sedikit air. Letak surat kahabar tadi ke dalam bekas makanan dan tutup kemas. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau kurang enak dari bekas plastik atau tupperware. Bila nak guna, keluarkan kertas dan bersihkan bekas makanan anda.
3. BIJI KOPI

Ini salah satu lagi cara bijak untuk menghilangkan bau dari bekas makanan. Caranya mudah sahaja. Untuk bekas kecil, masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Biarkan selama beberapa hari dan barulah dicuci serta digunakan kembali. Hasilnya bekas makanan anda berbau harum.
4. UNCANG TEH

Ambil 2-3 pek uncang teh terpakai yang telah dikeringkan airnya. Biarkan di dalam bekas makanan tersebut dan keluarkan apabila anda mahu menggunakannya. Sisa harum daun teh membantu mengurangkan bau busuk pada bekas makanan.

