Makan

Tip Goreng Kacang Tanah Supaya Tak Hangit, Elok Rangup. Kacang Kena Basuh Dulu

Share

Goreng kacang tanah nampak mudah tapi kalau tak kena cara, terlebih masa dan api habis hangit semuanya. Jadi pahit pula nak makan dengan nasi lemak.

Supaya tak berlaku kejadian kacang tanah hangit ini, tip yang dikongsikan oleh Puan Eja Razak

boleh digunapakai.

Caranya:
  1. Basuh dulu kacang toskan masuk terus dalam kuali kacau sekejap bagi air kering.

2. Masukkan minyak dalam 7 sudu untuk sekilo kacang guna api dapur paling kecil.

3. Rajin kacau masak dalam 25 minit.

4. Bila kacang makin ringan warna nak bertukar, tutup api terus angkat tos minyak.

5. Kalau rasa masa ni memang tak rangup lagi tak apa bila dalam proses sejuk dia akan rangup kacang masak elok.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

Sumber: Eja Razak

 

Published by
Rose