Kredit: Semaniskasturi

Kuetiau goreng sememangnya merupakan satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Namun, masalah yang sering dihadapi bila menggoreng kuetiau adalah kuetiau menjadi lembik, hancur dan kembang. Jika perkara ini terjadi pada anda, ikut sahaja tip yang dikongsi oleh Yurni Emilia ini. Pasti sempurna kejadian kuetiau anda selepas ini.

TIP MENGGORENG KUETIAU

Tip Goreng Kuetiau Yang ‘Perfect’, Tidak Hancur Atau Lembik

 

1. Paling penting, kuetiau tidak serasi dengan air. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

  • Jangan basuh terlalu lama. Bila basuh, pastikan ia ditos kering cepat-cepat.
  • Basuh guna air paip sahaja. Bukan air panas.
  • Membasuh kuetiau adalah pilihan, ada yang basuh dan ada juga yang tidak. Jika anda basuh, leraikan juga kuetiau satu persatu supaya tidak melekat.

2. Bila menggoreng kuetiau, letak minyak lebih sedikit.

3. Jika anda mahu stail ala Penang, boleh letak sedikit minyak bijan. Letak sedikit sahaja kerana minyak bijan berbau kuat.

Tip Goreng Kuetiau Yang ‘Perfect’, Tidak Hancur Atau Lembik

4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili/tomato.

IKLAN

5. Tambah air jika anda nak masak char kuetiau banjir.

6. Jika nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering sedikit sebelum digaulkan atau dikacau dengan char kuetiau yang sedang digoreng.

Tip Goreng Kuetiau Yang ‘Perfect’, Tidak Hancur Atau Lembik

Semoga bermanfaat.

 

IKLAN

Kredit: Yurni Emilia

 

Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Cara Masak Char Kuey Teow Kerang Sedap Secara Homemade

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Mi Champa Pedas Yang Sedap Melekat. Sure Berpeluh!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI