Makan

Tip Goreng Sosej Supaya Tak Kecut & Berkedut

Share

Sosej goreng selalu jadi pilihan bila nak buat hidangan yang cepat untuk sarapan. Makan dengan roti, dah cukup mengeyangkan.

Cuma kalau goreng sosej satu masalah yang biasa berlaku adalah sosej kecut dan berkedut selepas digoreng. Hasilnya tak cantik.

Dikongsi oleh Fareez Amy Shafie yang juga seorang katerer dan peniaga pasar malam beliau menurunkan beberapa cara menggoreng sosej bagi memastikan kulitnya tegang dan tak kecut selepas siap digoreng.

  • Bagi memastikan kulit sosej tegang elok, jangan goreng sosej menggunakan minyak panas. Sebaliknya buka api terus saja masukkan sosej ke dalam minyak(bilas dulu sosej dengan air dan keringkan).
  • Biarkan sosej masak bersama minyak yang baru nak panas. Apabila sosej timbul terus angkat. Sosej memang akan masak, jangan risau.
  • Sosej mungkin akan sedikit berminyak tapi selepas tos, minyak akan hilang. Hasilnya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati.

 

Sumber:Artikel diolah daripada Vanilla Kismis & Siti Afifah

 

Published by
Rose