Aduh buntu dibuatnya memikirkan cara untuk menghilangkan kesan minyak pada bekas-bekas plastik. Memang susah nak hilang. Berkali-kali cuci pun masih ada kesan minyak tersebut. Rupa-rupanya, kesan minyak ini boleh hilang dengan hanya menggunakan garam dan sabun pencuci pinggan. Petua ini dikogsi oleh Puan Hafiza Zanuddin. Menurut beliau, tip ini digunakan untuk menjimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Tak sangka rupanya ia berkesan untuk menghilangkan kesan minyak yang susah untuk ditanggalkan.
TIP HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BEKAS PLASTIK
1. Masukkan sedikit sabun pencuci pinggan dan tambahkan sesudu garam dalam bekas pencuci.
2. Inilah hasil campuran sabun pencuci pinggan dan garam.
Ads
3. Kemudian, cuci dengan span seperti biasa. Tak perlu rendam, memang sangat mudah kotoran tertanggal.
Sekarang, apa sahaja menu yang dicampurkan dengan telur masin, memang sedap, sebab itu ia menjadi kegemaran ramai sekarang ini kerana rasanya lemak-lemak masin penuh berkrim. Sos ini boleh dijadikan pencicah atau boleh juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Bayangkan sos telur masin dalam masakan seafood seperti udang dan ketam, memang terbaik dan ketagih. Kalau makan di restoran harganya agak mahal dan tak puas makan. Apa kata anda cuba masak sendiri kerana senang je nak membuatnya. Tak percaya ikut tip yang RASA kongsikan ini:-
Rebus Telur Masin
Paling mudah dan cepat untuk menyediakan sos ini Sebaiknya, anda gunakan telur masin yang telah siap direbus, ia menjimatkan masa kerana boleh digunakan terus untuk sos campuran dalam masakan.
Gunakan Hanya Kuning Telur
Pastikan anda menggunakan hanya bahagian kuning telur sahaja kerana bahagian ini lebih berkrim dan tidak terlalu masin berbanding bahagian putih. Oleh itu asingkan dengan cermat.
Hancurkan Kuning Telur
Untuk mendapatkan tekstur yang lembut, halus dan berkrim, kuning telur yang telah diasingkan dari putihnya mestikan dikisar halus menggunakan mesin pengisar menggunakan garpu. Pastikan ia hancur sekata, tidak ada yang berketul-ketul.
Gunakan Mentega Bawang Putih Sebagai Bahan Penumis
Enaknya rasa kuning telur masin membuatkan sos ini tidak perlu banyak campuran bahan untuk menumis, cukup sekadar menggunakan mentega dan bawang putih sebagai bahan penumis. Dengan tambahan dua jenis bahan penumis ini sos sudah menggoda rasa.
Masak Menggunakan Api Kecil
Sos telur masin mudah hangus, oleh itu masak sos menggunakan api kecil sahaja dan sentiasa mengacaunya sehingga sos mereneh.
Tambah Susu Cair Penuh Krim
Dengan memasukkan susu cair penuh krim sos akan menjadi lebih sedap, berkrim dan sedikit pekat. Terus kacau rata di atas api kecil tanpa perlu tunggu mereneh. Jika terlalu pekat boleh tambah air suam sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur sos yang anda ingini.
Tabur Hirisan Daun Bawang
Setelah sos masak masukkan hirisan daun bawang sebagai penambah rasa dan aroma. Atau jika belum sedia dihidangan, masukkan dalam botol dan simpan dan peti sejuk. Bila ingin digunakan baru panaskan,
Campuran Dalam Tumisan
Jika tidak mahu dijadikan sos pencicah. Boleh masukkan sos ini dalam masakan seperti ayam, udang atau ketam goreng, terpulang pada selera. Tetapi anda perlukan sedikit mentega, tumiskan bawang putih cincang, hirisan cili dan daun kari, Kacau rata hingga wangi, kemudiana masukkan ayam, udang atau ketam yang telah digoreng. Tutup api dan gula rata.
Mudahkan? Lepas ini ada boleh cuba sediakan sendiri di rumah.
Bahagian tubuh yang sering menjadi perhatian ialah bahagian perut dan paha. Bahagian tersebut memang paling mudah terkumpul lemak. Walaupun masalah ini dianggap kecil atau remeh, tetapi bagi segelintir individu terutamanya wanita, perut yang buncit atau paha yang terlalu besar akan menjejaskan penampilan serta sekaligus mengurangkan tahap keyakinan mereka.
Salah satu punca perut buncit dan paha besar adalah dari corak pemakanan yang tidak betul. Kandungan lemak yang ada pada makanan yang di ambil tidak boleh dicerna dengan baik sehingga tersimpan menjadi lemak pada tubuh badan. Jadi, jom lihat tips pemakanan ini!
Tips Pemakanan Untuk Mengecilkan Perut & Peha
Kurangkan Pengambilan Makanan Berlemak
Anda haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak kerana makanan berlemak merupakan faktor utama paha yang besar. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan anda.
Hadkan Jumlah Pengambilan Makanan Dengan Kandungan Gula Yang Tinggi
Ada dua kandungan gula pada makanan iaitu glukosa serta fruktosa. Fruktosa hanya boleh dimetabolisme dalam hati dalam saiz tertentu. Sekiranya anda sering mengambil makanan atau minuman yang mengandung gula yang tinggi jika hati anda tidak dapat memtabolisme semua fruktosa, ia akan menjadi lemak yang dapat terkumpul di dalam perut anda. Oleh itu, adalah perlu untuk menghadkan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula seperti kek, ais krim, coklat dan sebagainya.
Perbanyak Pengambilan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Dengan penggunaan buah-buahan dan sayur- sayuran yang rendah lemak dengan sedikit kalori dan kandungan serat yang tinggi, akan membantu mengikat air untuk pencernaan dapat berjalan dengan lebih baik juga dapat membubarkan lemak. Kajian meneliti bahawa penggunaan 14 gram serat setiap hari boleh mengurangkan penggunaan kalori sebanyak 10%, boleh mengurangkan berat badan 2 kg dalam 4 bulan, dan mengurangkan 4% lemak dalam perut.
Tidak Makan Sebelum Tidur
Bagi anda yang ingin mengecilkan perut buncit sila ambil perhatian. Anda mesti mengelakkan dari mempunyai tabiat makan sebelum tidur. Hal ini kerana pencernaan makanan dalam perut memerlukan waktu 2 jam untuk diproses dan dimetabolisme dalam saluran pencernaan berikutnya.
Amalkan Oatmeal Dalam Harian
Makanan oatmeal sangat popular dikalangan para pelaku diet kerana ianya bersifat kenyang. Oatmeal efektif mengurangi lemak yang berlebihan pada bahagian perut. Makanan ini juga dapat membantu menjaga kadar gula, kandungan seratnya sangat baik bagi pencernaan. Anda boleh menambah menu lain kedalam oatmeal seperti pisang sebagai menu di waktu sarapan pagi bagi mengurangi lemak perut dan paha di samping sekaligus dapat menurunkan berat badan.
Ada tak yang suka masak pakai kunyit segar @ hidup? Guna herba ni memang masakan lebih enak dan lebih wangi. Berbeza jika kita guna kunyit serbuk. Bagi yang nak cuba, boleh ‘follow’ resipi perkongsian saudari Linda Mokhtar ini.
Untuk menghasilkan kunyit hidup kisar ini, caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan:
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar | dibersihkan kulitnya
Beberapa keping asam gelugur
Sedikit garam
Botol @ balang
CARA-CARA:
Kisar halus kunyit dan masukkan ke dalam balang.
2. Kemudian msukkan beberapa keping asam gelugur dan juga sedikit garam. Ia bertujuan untuk memastikan kunyit kisar tahan lama dan kekalkan warna kunyit ini.
3. Simpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila mahu menggunakannya. Ia sesuai digunakan untuk memasak pelbagai jenis sajian yang ada menggunakan kunyit, untuk memerap ikan, ayam dan sebagainya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.