Aduh buntu dibuatnya memikirkan cara untuk menghilangkan kesan minyak pada bekas-bekas plastik. Memang susah nak hilang. Berkali-kali cuci pun masih ada kesan minyak tersebut. Rupa-rupanya, kesan minyak ini boleh hilang dengan hanya menggunakan garam dan sabun pencuci pinggan. Petua ini dikogsi oleh Puan Hafiza Zanuddin. Menurut beliau, tip ini digunakan untuk menjimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Tak sangka rupanya ia berkesan untuk menghilangkan kesan minyak yang susah untuk ditanggalkan.
TIP HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BEKAS PLASTIK
1. Masukkan sedikit sabun pencuci pinggan dan tambahkan sesudu garam dalam bekas pencuci.
2. Inilah hasil campuran sabun pencuci pinggan dan garam.
IKLAN
3. Kemudian, cuci dengan span seperti biasa. Tak perlu rendam, memang sangat mudah kotoran tertanggal.
Nak petua simpan taugesupaya tahan lama? Ini caranya. Ramai orang suka sayur ni sebab cara masaknya yang ringkas. Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Malah kalau goreng tumis pun dah cukup nikmat. Pun begitu jika tauge di simpan lama dalam peti ais akan membuatkan ia lembik dan tidak lagi rangup di makan. Bagaimana nak buat supaya tauge yang dibeli tahan lama, tidak lembik dan nampak segar? Cuba cara ni. Boleh tahan hingga seminggu tanpa nampak layu dan lebam.
PETUA SIMPAN TAUGE AGAR TAHAN LAMA, SEGAR & TIDAK LEBAM
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlukan:
BAHAN-BAHAN:
Tauge
Air bertapis
Asam gelugur
CARA-CARA:
Bersihkan tauge dengan melalukan dibawah air. Toskan.
Masukkan air ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan asam gelugur. Jika tauge sedikit, guna 1 keping sahaja. Jika banyak, boleh guna lebih. Biarkan asam gelugur terendam dalam air selama 5-10 minit.
Kemudian masukkan tauge tadi. Pastikan air menenggelamkan tauge.
Simpan bekas berisi tauge di dalam peti sejuk. Hasilnya, tauge kekal segar, tidak lembik dan tidak lebam walau disimpan hampir seminggu.
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba PETUA DAPUR bawah ni. Memang berkesan dan menjadi.
Korang jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Dah makan ubat batuk tapi tapi tak baik baik lagi. Apakata anda cuba membuat penawarnya sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi dengan menggunakan tiga bahan utama yang dipercayai boleh meredakan batuk.
Menurut perkongsian empunya resipi Abam (sejadah tebal murah) air rebusan daun pudina bersama gula batu dan madu baik untuk dicuba . Mmenurutnya ini adalah resipi yang diwarisinya dari arwah datuknya.