Tip Ikan Bilis Yang Dimasak Lebih Sedap dan Tak Liat

Share

 

Bagi peminat sambal, ikan bilis adalah salah satu bahan utama untuk membuat sambal. Senang cakap, kalau ada bawang, cili dan ikan bilis, dah cukup nak buat sepiring sambal sebagai pelengkap dalam hidangan.

Namun pernah tak korang masak sambal tapi ikan bilis dalam sambal tu liat? Apabila ikan bilis jadi liat selepas dimasak, memang akan menyebabkan selera terbantut. Ikan bilis yang sedap adalah yang rapuh dan rangup apabila dimasak. Kalau liat atau keras, alahai, selera menjadi berkurangan.

 

Melalui seorang pengguna facebook, Abu Dhiya yang juga pemilik kepada Sambal Bilis Rangup 3 Rasa, beliau memberikan sedikit tip untuk membuat sambal bilis yang tidak liat. Tip ini mudah dan sangat berguna bagi korang yang juga peminat sambal.

Kata Abu Dhiya yang menggunakan gelaran Abam Sambal, tip untuk dapatkan ikan bilis lebih sedap dan tidak liat adalah seperti berikut.

Kalau nak sambal ikan bilis lebih sedap, ikan bilis tu kena kering ketika dimasak. Jadi, lepas basuh, biarkan airnya betul-betul tos dulu. Kalau masak time ikan bilis tu basah, nanti ikan bilis tu liat.

 

Jadi, lepas ni kalau nak masak sambal, jangan masak ketika ikan bilis tu basah. Pastikan ikan bilis kering barulah dimasak ya. Selamat mencuba!

#TipAbamSambal

Kredit: Facebook Abu Dhiya

 

 

Published by
Maryam Elyas