Kuali melekat ketika menggoreng memang membuatkan kita rasa geram. Gorengan terutama ikan boleh hancur dek masalah ini.
Disebabkan itu macam-macam petua dikongsi untuk mengelakkan kuali melekat ini antaranya bakar kuali, tabur garam, letak asam keping dan sebagainya.
Tapi cara yang dikongsi Fara Amirullah paling mudah sebab tak menggunakan sebarang bahan lain. Caranya cuma ‘garu’ kuali!
Macam mana tu? Maksud ‘menggaru’ ini adalah dengan menggores atau menggosok hujung sudip pada permukaan kuali yang sudah dipanaskan minyak.
Lakukan dengan hati-hati beberapa kali supaya tidak terpercik minyak panas. Jika rasa ngilu dengan bunyinya boleh juga gantikan dengan sudip kayu.
Tip ini kata Fara diperoleh daripada ibunya dan dipraktikkan sejak sekian lama. Kuali yang ‘garu’ ini tidak akan melekat walau goreng apapun.
Selamat mencuba
Sumber: Fara Amirullah