
Menu daging goreng kunyit amat mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Namun, salah satu masalah yang kita hadapi bila memasak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian dan tip oleh Nana Ismail.
TIP NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat la.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang letak minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, letak sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
KREDIT RESIPI & FOTO: NANA ISMAIL
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak, Masak Macam Ni Comfirm Jadi

Isi Kandungan
ToggleMana peminat Nasi Goreng Mamak? Ha… Bagi yang tercari-cari resipi nasi goreng sedap ni, boleh cuba resipi resipi perkongsian saudara Wan LuQman ini. Menurut beliau, resipi ini hasilnya 100% sama dengan Nasi Goreng Mamak yang dibeli di restoran. Wow… Bolehlah cuba kan. Pasti puas hati bila dimakan. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG MAMAK PALING SEDAP. MASAK SENDIRI MEMANG JIMAT
BAHAN-BAHAN:
1 pinggan (membukit) nasi
1 potong ayam goreng mamak
1 biji telur
Sawi dan kubis secukupnya
Kicap cair secukup rasa – beli online disini
1 sudu teh perencah kari mi segera
3 biji cili padi – ketuk
1/2 biji bawang merah – potong kasar – beli online disini
2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar – beli online disini
Sambal tumis mamak – empunya resipi bungkus dari kedai mamak
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
2. Pecahkan telur. Tunggu hingga separuh masak baru dikacau.
3. Seterusnya masukkan hirisan sayur. Gaul rata.
4. Masukkan nasi dan ayam yang telah dipotong kecil.
5. Tambahkan sambal tumis mamak. Sambal ini mempunyai gabungan rasa masam, pedas, manis, masin dan belacan. Sukatannya anggaran 1 sudu makan.
6. Seterusnya masukkan perencah kari mi segera. Gaul semua bahan hingga sebati.
7. Tambahkan kicap cair. Jika tiada, boleh gunakan kicap masin.
8. Tambahkan sedikit sos cili. Gaul lagi hingga sebati.
9. Siap! Nasi Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kuah Yong Tau Foo Homemade Yang Mudah & Sedap.

Yong Tau Foo adalah antara street food kegemaran ramai. Jika ada gerai yang sosnya sedap, pasti ramai yang sanggup bertaur lama untuk mendapatkannya. Penat! Apa kata cuba buat sendiri di rumah. Serius, memang tak susah. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Fazni Hasri ni.
RESIPI KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai cili kering
- 3 sudu makan gula merah @ 2 ketul gula melaka
- Sebesar ibu jari belacan
- 3 sudu makan kicap
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos cili
- 1 mangku air
- 2 sudu makan tepung jagung
- Serbuk perasa
- Garam dan gula jika perlu
- 2 sudu makan minyak
- Bijan secukupnya | disangai
- 1 ikat kangkung | dicelur
- Aneka seafood / bebola yang digemari | dicelur
CARA MEMASAK:
1. Cili kering rendam sampai kembang. Toskan. Goreng dengan minyak sehingga wangi. Goreng sekejap saja jangan sampai garing.
2. Kisar cili bersama belacan dan sedikit air. Ketepikan.
3. Masak gula merah sehingga hancur dan tapiskan.
4. Dalam periuk yang lain. Masukkan kisaran cili, gula merah dan semangkuk air.Masak atas api sederhana.
5. Tambahkan kicap, sos cili, sos tiram, serbuk perasa, garam serta gula jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
7. Masukkan aneka bebola dan kangkung ke dalam mangkuk. Masukkan kuah secukupnya. Tabur bijan sangai dan nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Fazni Hasri
Minyak Masak Habis? 8 Resipi Masakan Tanpa Minyak Ini Anda Boleh Cuba.

Tengah bersemangat nak masak, pergi ke dapur tengok-tengok minyak masak pula habis. Nak keluar ke kedai pun susah. Tak kan tak nak masak. Ha…Jika masalah ini terjadi pada anda, usah risau. Dapur masih boleh berasap. Ada banyak lauk pauk tanpa minyak yang boleh anda hasilkan. Malah tetap sedap dan mudah disediakan. Jom lihat resipi-resipinya.
1. UDANG BAKAR KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang segar
- 100gm keju mozzarella
- 50gm keju cheddar
- 50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan jus lemon
- Herba thyme secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
- Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
- Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
INFO CHEF: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
2. PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
- 2 ulas bawang merah| hiris
- 1 ulas bawang putih | titik
- ½ inci halia| hiris
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu kunyit hidup | kisar
- 1 biji ili hijau |belah tengah
- 1 biji cili merah | belah tengah
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
- Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan cili.
- Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.
3. LAWA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging bakar |dihirs
- 1 biji kelapa | ambil pati santan
- 1 sudu lada hitam |kisar halus
- 3 ulas bawang merah | kisar
- 1 biji limau nipis |ambil jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit belacan | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
- Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
- Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai
4. SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | potong kiub
- 50gm tepung serba guna
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 helai daun bay
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh sos Worcestershire
- 1 biji bawang besar | cincang
- 400ml stok daging
- 3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 2 batang lobak | potong dadu
- 1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
- Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
- Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
- Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
5. SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
- 6 biji kentang | belah 4
- 150 gm lobak merah kecil
- 2 batang saderi | cincang
- 50gm krim ayam
- 300ml stok ayam
- 2 sudu teh garam saderi
- 2 sudu teh garam bawang putih
- 1 sudu makan lada hitam
- 50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
- Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
- Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
- Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
6. ASAM REBUS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
- 3 keping asam gelugor
- 3 helai daun salam
- 2 batang serai |titik
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 6 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 2cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
- Seterusnya tambahkan air secukupnya.
- Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
- Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
7. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang | potong memanjang
- Sedikit daun ketumbar | hiris
- Beberapa biji cili padi | hiris
BAHAN SOS ( DIBANCUH):
- 4 sudu makan jus limau nipis
- 5 sudu makan stok ayam
- Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
- Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
- Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
- Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
- Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
- Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.
8. KERABU SOTONG SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 12 ekor sotong | dihiris bulat
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 batang serai | dihiris halus
- 2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
- 5 biji cili padi | dihiris halus
- 2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
- 2 biji limau nipis | diambil jusnya
- Secubit garam
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
- Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.