Bila balik kampung makan lauk ikan masak sambal yang disediakan ibu. Rasanya memang sedap sungguh, berbeza sangat dengan hasil masakan kita. Hairannya kita masak menggunakan cara yang sama.
Tak dinafikan cara orang tua memasak memang cermat, itu sebab hasilnya sedap. Salah satu cara yang dipraktikkan adalah sambal ditumis berulang kali. Memang mengambil masa tapi hasil sambal akan jadi lebih sedap. Tip inilah yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Tip buat sambal ikan sedap macam mak masak
Bahan-bahan
Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang
Ads
Cara membuat
1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini untuk elakkan rasa masam berlebihan. Kemudian perasakan dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan sudah digaram.
Ads
5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertibnya.
Ads
TIP
Pastikan sewaktu menumis guna minyak yang banyak. Jangan risau, boleh keluarkan nanti bila siap memasak. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.
Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali.
Paling penting sambal kena masak elok menggunakan api yang kecil.
Selepas masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula secukupnya. Tak perlu gunakan sebarang sos.
Banyak berita kita baca mengenai ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing berupa cacing. Bila dah kecoh begini, nak beli sardin dalam tin pun dah tak berapa nak selera. Jangan risau sebab puan-puan boleh hasilkan ikan sardin homemade resipi perkongsian saudari Mimi Syuhada Mad Nor ini. Rasa pun lebih sedap dari yang beli. Paling penting dijamin bersih dan enak! Jika simpan dalam peti sejuk, boleh tahan sebulan.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang hingga wangi.
Kemudian masukkan kisaran tomato segar, tomato puree dan sos tomato. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tambahkan ikan sardin yang dibersihkan tadi. Pastikan jumlah air sama paras dengan ikan.
Jika guna periuk noxxa, setkan High Pressure dan masak selama 90 minit.
Setelah masak, bolehlah terus dinikmati atau dimasukkan dalam bekas-bekas kecil untuk hidangan 1 kali makan.
Simpan dalam peti sejuk beku. Ikan sardin homemade ini boleh tahan lebih kurang dalam sebulan.
INFO: Jika sukakan rasa sardin yang pedas, boleh tambah cili padi atau cili kisar.
TIP RASA: Jika tiada periuk tekanan, anda boleh kukus ikan menggunakan periuk kukusan biasa sehingga betul-betul empuk dan tulangnya lembut. Sos ditumis dan dimasak berasingan. Kemudian barulah masukkan ikan ke dalam kuah dan masak seketika supaya sebati rasanya. Bila kuah pekat, padam api dan simpan dalam bekas-bekas kecil untuk disejuk bekukan.
Menu ni kalau masak pasti ramai yang suka. Buat asam pedas ni kena pandai seimbangkan rasa pedas, masin, masam barulah meletop rasa asam pedas yang dihasilkan.Ada yang teringin, jom kita buat Asam Pedas Daun Kesum. Memang layan.
ASAM PEDAS DAUN KESUM
Bahan-bahan:
Ikan pari
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 ketul kunyit hidup
Sedikit halia
Belacan
Ketumbar
Serai
Sedikit lada hitam
Cili kisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Ajinomoto
Daun kesum
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan halba sekejap, kacau-kacau dah wangi, masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.Kemudian masukkan air asam jawa secukupnya, nak pekat atau cair adjust sendiri. Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.Masak hingga kuah didih baru masukkan ikan.
3.Bila ikan dah hampir masak masukkan daun kesum, kacau-kacau dan tutup api.
Bergedil salmon! Tak pernah dengarkan, apa kata cuba buat, sebabnya ia lebih ringkas dan mudah disediakan berbanding bergedil daging dan ayam. Lebih penting ia sangat sedap,sesuai untuk anda yang diet dan dijadikan bekal sihat untuk anak-anak ke sekolah dan encik suami ke pejabat. Jangan risau tak menjadi sebab RASA tunjukkan cara membuat secara DIY tau….
BERGEDEL SALMON
BAHAN-BAHAN:
250gm salmon | panggang dan hancurkan
1 sudu teh minyak zaitun
2 ulas bawang putih | cincang
1 /2 biji bawang Holland | cincang halus
Sedikit daun parsli |cincang halus
Sedikit cili benggala | cincang halus
1 biji telur
½ cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh empingan cili
2 sudu makan mayones
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan mentega,tumiskan bawang putih, Holland dan cili Benggala hingga layu.
LANGKAH 2: Masukkan isi ikan salmon dalam mangkuk bersma telur, gaul rata.
LANGLAH 3: Campurkan ke dalamnya serbuk roti, tumisan bawang tadi, daun parsli, lada hitam dan lada sulah.
LANGKAH 4: Gaul rata sehingga sebati dan cukup rasa.
LANGKAH 5: Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan gaulkan dengan serbuk roti.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dan goreng bergedil hingga kuning keperangan. Angkar dan sedia dihidangkan dengan pencicah seperti
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.