Bila balik kampung makan lauk ikan masak sambal yang disediakan ibu. Rasanya memang sedap sungguh, berbeza sangat dengan hasil masakan kita. Hairannya kita masak menggunakan cara yang sama.
Tak dinafikan cara orang tua memasak memang cermat, itu sebab hasilnya sedap. Salah satu cara yang dipraktikkan adalah sambal ditumis berulang kali. Memang mengambil masa tapi hasil sambal akan jadi lebih sedap. Tip inilah yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang
1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini untuk elakkan rasa masam berlebihan. Kemudian perasakan dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan sudah digaram.
5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertibnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Ben Safwan