Makan

Tip Masak Kari Tanpa Santan Tetap Pekat & Rasa Lemak, Letak Beras Sangai

Share

Kalau dah rasa kari mamak yang sedap memang boleh buat kita ketagih. Itu sebabnya ramai yang ke sini hampir setiap minggu.

Jika dah begini elok juga kalau belajar buat sendiri. Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.

Tip masak kari mamak sedap, letak beras sangai

Santan digantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak.

Cara buat kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak

Bahan-bahan:

3 ketul ikan (ikan yang sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari

Cara membuat:

 

1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu.

2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari.

3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan.

4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air.

5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan.

6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!

Sumber: Ida Zairi

Published by
Rose