Makan

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Share

Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Andai menikmatinya di restoran, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Tapi tip untuk masak seafood yang sedap, paling penting ialah guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.

Oh ya, lagi satu petuanya ialah kena guna telur masin asli dan bukannya serbuk telur masin segera. Barulah lebih enak

Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli

. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.

CARA MASAK KETAM TELUR MASIN MUDAH & SEDAP MACAM RESTORAN

BAHAN-BAHAN:

4-5 ekor ketam
Sedikit tepung jagung beli online disini
Telur masin direbus beli online disini
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega beli online disini
Susu cair | anggaran 1/2 cawan beli online disini
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

CARA MEMASAK:

1.Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.

2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.

4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.

5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.

6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.

7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.

Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur