Lauk sambal sotong untuk makan tengah hari memang sedap. Dipadu dengan sayur goreng saja dah lengkap hidangan.
Tapi biasa terjadi bila masak sambal sotong selalu berair dan sotongnya kecut. Lagi tak best nak makan bila ada sedikit bau hanyir.
Untuk elak perkara ini bila memasak sotong boleh gunakan tip ini dikongsi oleh Ayue Jalal
dan Aimi Marina Saadan. Sambal sotong yang menggunakan cara ini memang tak kecut, kembang elok serta sambal pun pekat.Sebelum ini masak sambal sotong tak rebus dulu pun. Terus saja masak. Tapi ada sekali terbaca cara masak sambal sotong, sotong itu direbus dulu untuk rasa lebih sedap. Bila cuba, betul apa yang dikata… memang sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Ayue Jalal & Aimi Marina Saadan