Nak lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur saja pun dah cukup menyelerakan.

Jika nak hidangan ringkas ini jadi lagi sedap, boleh ikut perkongsian dari Ameera. Menurut beliau sambal telur ini adalah resipi daripada penyanyi arwah Siti Sarah. Caranya sangat mudah tapi rasanya sedap sangat.

Cara buat sambal telur mudah tapi sedap sangat
Bahan-bahan

5 biji telur
Cili boh -secukupnya
1 keeping asam keeping
Gula kabung secukupnya
Garam
Bawang merah-dipotong

Bahan tumbuk

4 biji telur
1 biji bawang merah besar
3 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara membuat:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Boleh saja kalau jika mahu tambah lebih bawang.

2. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Waktu Jika cili kurang boleh tambah supaya sambal merah cantik.

Ads

3. Letak asam keping, supaya sambal ada rasa masam masam.

4. Kemudian masukkan gula kabong. Selalunya sambil memasak, arwah akan berdoa, yang elok kita ikut.

Tip Masak Sambal Telur Yang Ringkas Jadi Lebih Sedap. Makan Satu Lauk Ini Dah Cukup

5. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Jika pakai cili boh, letak sedikit air waktu ini. Jika guna cili kisar tak perlu kerana sudah menggunakan air waktu mengisar cili.

6. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan telur satu demi satu dalam kuali. Jangan kacau kacau telur, nanti pecah.

Tip Masak Sambal Telur Yang Ringkas Jadi Lebih Sedap. Makan Satu Lauk Ini Dah Cukup

7. Tutup kuali dengan penutup supaya telur masak elok.

Ads

8. Kemudian masukkan bawang hiris.

10. Biar sampai masak begini.

Ok dah siap masak sambal telur. Makan dengan nasi panas panas, satu lauk ini saja dah cukup.

Ads

Tip Masak Sambal Telur Yang Ringkas Jadi Lebih Sedap. Makan Satu Lauk Ini Dah Cukup

Selamat mencuba.

Sumber: Ameera.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI