Warna sambal yang merah cantik memainkan peranan besar untuk membangkitkan selera. Bukan itu saja melalui warna sambal saja kita selalu sudah dapat menjangka rasanya yang sedap.
Ia boleh dilihat melalui sambal yang berwarna merah tua dan berkilat. Cumanya tak semua kalangan kita tahu tip menghasilkan sambal sebegini.
Dikongsi oleh Mazliza Ahmad boleh praktik cara yang beliau gunakan untuk menghasilkan warna sambal yang cantik malah sedap. Tip ini boleh digunakan untuk semua jenis sambal tak kira sambal udang, sotong, ikan bilis, atau telur. Yang penting, tekniknya betul.
Tip Masak Sambal Merah Cantik
Bahan asas sambal
35–40 tangkai cili kering – potong, rendam air panas atau rebus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2–3 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
Gula putih sedikit (untuk seimbangkan rasa)
Perasa jika suka
2 keping asam keping
Ads
Cara Penyediaan
1. Kisar cili kering yang telah direbus bersama bawang besar, bawang putih dan belacan hingga lumat halus.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar tadi sampai benar-benar pecah minyak. Langkah ini sangat penting kerana ia mempengaruhi warna dan ketahanan sambal.
Ads
3. Masukkan gula merah, garam, perasa dan sedikit gula putih. Tambah juga asam keping untuk rasa masam yang seimbang.
4. Akhir sekali, masukkan bahan seperti udang, sotong, ikan bilis atau telur rebus. Gaul rata dan biarkan masak hingga sambal pekat dan berkilat.
Ads
Tip Ekstra
Cili kering perlu direbus lembut agar mudah dikisar dan warnanya lebih keluar.
Guna api sederhana dan sabar menumis sampai pecah minyak, inilah rahsia sambal tahan lama dan warna jadi cantik.
Gula merah berfungsi mencantikkan warna dan menambah rasa sambal jadi lebih seimbang.
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Minyak Bijan memang sedap dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Letak dalam masakan berkuah, bergoreng dan macam-macam lgi. Aromanya yang wangi, menaikkan lagi keenakan masakan dan membuka selera. Biasanya kita beli minyak bijan n ikan? Apa kata lepas ni buat sendiri guna bahan yang sangat mudah. Saudari UmiSarah AbdulRashid ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESIPI MINYAK BIJAN HOMEMADE HANYA GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan bijan
2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ambil bijan, cuci dan toskan.
2. Sangai sekejap bijan untuk keringkan air. Kemudian kiar guna blender kering.
3. Bila bijan dah halus. Tuang dalam periuk dan masukkan minyak masak.
4. Kacau hingga serbuk bijan ebati dalam minyak. Bila dah betul-betul sebati, baru buka api sederhana.
5. Sentiasa kacau bijan dalam minyak untuk elak ia hangit di bahagian bawah. Bila bijan bertukar keperangan, boleh tutup api. Tapi teruskan mengacau sebab minyak masih panas.
6. Tutup periuk dan biar minyak sejuk. Kemudian boleh tapis. Tekan dan kacau tapisan supaya semua minyak terkumpul dan hanya tinggal hampas sahaja.
7. Hampas jangan dibuang. Boleh guna untuk letak dalam masakan.
8. Minyak siap disediakan. Dapat sebotol besar dan boleh guna 2-3 bulan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!