
Ubi Jepun kalau direbus memang enak kerana rasanya yang manis. Berbaloi menunggu walau ambil masa yang agak lama untuk merebusnya.
Tapi jika tak sabar untuk menikmati ubi Jepun ini, ada lagi kaedah lain untuk menyediakannya. Salah satunya masak guna air fryer, hanya tunggu 20 minit ubi Jepun sudah empuk dan sedia dimakan.
Cara untuk memasak menggunakan air fryer seperti berikut.
1. Cuci bersih ubi Jepun kemudian lap dengan tisu.
2. Set masa 20 minit dengan suhu 180 darjah Selsius.

3. Habis masa 20 minit, tunggu sejuk seketika dah boleh makan.
Kredit resipi & foto : Nazz Mernas
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Sos Lada Hitam Yang Sedap & Mudah.

Korang pernah makan makanan Barat atau Cina yang menggunakan sos lada hitam yang sangat sedap sebagai pelengkap rasa pada makanan seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang, dibakar ataupun dikukus. Bagaikan terasa di hujung lidah rasa sos yang hangat, manis, masam dan kaya aroma herba yangmenyempurnakan makanan yang dinikmati.Daripada t kerap ke restoran mahal untuk menikmati sos lada hitam yang sedap ini, korang buat je sendiri sos ini kerana ia mudah disediakan. Bahan-bahannya juga mudah tau…
Tak percaya inilah caranya:

Tumis Bawang Holland Dengan Mentega
Perkara pertama perlu lakukan adalah tumis bawang Holland yang telah dicincang halus dengan mentega (lebih kurang satu sudu makan), kerana aroma mentega dan rasa manis bawang memberikan rasa sedap pada sos. Jika tidak ada bawang Holland boleh je guna bawang putih atau bawang merah, tetapi ia tidak sesedap bawang Holland.

Tambahkan Hirisan Cili Banggala Sebagai Penambah Aroma & Rasa
Kalau nak tahu cili banggala sangat kuat aromanya, untuk menjadikan sos lada hitam lebih sedap tambahkan hirisan atau potongan dadu cili benggala (warna ikut selera), tumis hingga aromanya keluar. Jika korang hanya mahukan aromanya sahaja dan tidak mahu cili tersebut, boleh saja keluarkannya selepas ditumis.

Tambahkan Sos Tiram, Gula Dan Stok Ayam
Setelah tumisan layu dan wangi, masukkan satu sudu makan sos tiram, 200ml air dan stok ayam dan 1/2 sudu the gula. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api kecil. Ketiga bahan ini akan menjadikan tekstur sos lembut dan sedap. Untuk stok, korang boleh je gunakan stok daging, ayam atau cendawan. Sesuaikan saja dengan apa makanan yang akan dicampurkan dengan sos tersebut. Sebaiknya jika ingin membuat steak, korang gunakan stok daging, begitulah sebalikknya untuk ayam.

Gunakan Lada Hitam Biji Yang Di Tumbuk Kasar
Rahsia penting bagi mendapatkan sos lada hitam yang sedap, adalah disarankan menggunakan lada hitam biji, kemudian dikisar kasar untuk mendapatkan aroma dan rasanya yang lebih kuat. Jika tidak ada boleh saja menggunakan serbuk lada hitam, cuma rasa saja yang kurang sedikit. Untuk sos ini anda boleh masukkan satu sudu makan lada hitam yang telah dikisar kasar.

Pekatkan Sos Dengan Tepung Jagung:
Untuk memekatkan sos lada hitam, korang perlu campurkan satu sudu teh tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Kemudian campurkan larutan itu dalam tumisan sos, kacau rata hingga pekat, boleh tambah lagi tepung jagung kalau kurang pekat.
Petua Untuk Kurangkan Masin Ikan Kering

Ikan kering atau ikan masin dihasilkan dengan menggunakan garam yang banyak bagi tujuan pengawetan. Makanan yang mempunyai rasa masin terlampau memang mengundang bahaya kepada tubuh jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu adalah lebih baik jika mengurangkan pengambilan makanan tinggi garam jika anda berisiko menghidap penyakit darah tinggi.

Namun jika sesekali terasa nak makan lauk ikan masin, ada petua yang anda boleh cuba untuk mengurangkan rasa garamnya. Cara yang anda boleh lakukan ialah sebelum memasak, rendam ikan masin dalam air kelapa terlebih dahulu. Biarkan selama 30 minit. Kaedah ini nyata mampu mengurangkan sedikit rasa masin yang melampau. Bahkan ia juga mampu menyingkirkan bau hapak ikan masin tadi.
Selamat mencuba!
Ini 5 Tip Elak Kek Dari Melekat Pada Acuan.

Anda yang baru berjinak-jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik gebu tapi sayang kek lekat pada acuan. Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan melekat pada acuan atau loyang pembakar. Agar perkara ini tidak berulang, cuba anda baca tip untuk mengelakkan kek dari melekat acuan.

Acuan Mesti Kering dan Bersih.
Acuan atau loyang pembakar kek penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek sukar dikeluarkan dari acuan.

Oles Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.
Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.

Lapis Acuan Dengan Kertas Baking
Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.

Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat
Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.

Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan
Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.

