Makan

Tip Masak Ubi Jepun Supaya Cepat Empuk. Tak Perlu Rebus Pun

Share

Ubi Jepun kalau direbus memang enak kerana rasanya yang manis. Berbaloi menunggu  walau ambil masa yang agak lama untuk merebusnya.

Tapi jika tak sabar untuk menikmati ubi Jepun ini, ada lagi kaedah lain untuk menyediakannya. Salah satunya masak guna air fryer, hanya tunggu 20 minit ubi Jepun sudah empuk dan sedia dimakan.

Cara untuk memasak menggunakan air fryer seperti berikut.

1. Cuci bersih ubi Jepun kemudian lap dengan tisu.

2. Set masa 20 minit dengan suhu 180 darjah Selsius.

3. Habis masa 20 minit, tunggu sejuk seketika dah boleh makan.

Kredit resipi & foto : Nazz Mernas

 

Published by
Rose