Kalau masih guna dapur gas, proses merebus kentang, daging, atau kacang dhal sehingga empuk biasanya mengambil masa. Gas pun banyak habis untuk tujuan ini.

Lainlah kalau ada pressure cooker, masa yang diperlukan mungkin cuma 15 minit saja. Tapi tak semua rumah ada pressure cooker ini.

Untuk yang tiada mungkin boleh praktikkan teknik 5:30:7 untuk merebus bagi menjimatkan masa dan juga gas. Cara ini dikongsi oleh Nor Izan Mustapa.

Teknik ini digunakan beliau untuk merebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan juga daging. Semuanya menjadi!

Ads

 

Macam mana teknik 5:30:7?

Begini langkahnya;

1. Masak air dalam periuk sampai mendidih.

2. Masukkan daging/kentang/keledek ke dalam air mendidih.

Tip Merebus Cepat Empuk Guna Teknik Guna Teknik 5:30:7. Jimat Masa & Gas

 

3. Biarkan ia mendidih selama 5 minit (Perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan.

Ads

4. Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit. Jangan sesekali buka penutup.

5. Selepas 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidik selama 7 minit (kira masa dari mula mendidih).
6. Matikan api.

TIP

  •  Untuk kacang kuda, rendam dulu semalaman sebelum rebus. Masukkan daun kari, sedikit garam dan gula semasa didihkan air. Saya tutup periuk sepanjang merebus.

 

Ads
  • Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus.
  • Tip ini boleh digunakan untuk bahan yang memerlukan masa lama untuk merebus, contoh kaki ayam.

Selamat mencuba!#vkmudahkan

Sumber:Nor Izan Mustapa

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI