Makan

Tip Mop Lantai Dapur Supaya Bersih Berkilat, Tak Melekit

Share

Kerja-kerja masak yang banyak di dapur selalunya buat lantai pun cepat kotor malah melekit. Bila lantai dimop memang akan nampak bersih tapi selalu ada kesan melekit, tidak licin berkilat.

Untuk pastikan lantai dapur kita bersih berkilat tanpa rasa melekit ini ada caranya. Tak semata guna cecair pencuci, ada beberapa bahan yang perlu kita bancuh sebelum mengemop lantai. Caranya dikongsi oleh oleh Roz_8492.

Bancuh air panas dengan 3 bahan ini

Menurut beliau untuk mengemop lantai dia menggunakan air panas bersama tiga lagi bahan yang dituang sekali dalam baldi iaitu cecair pencuci lantai, cuka dan juga soda bikarbonat. Caranya;

1. Panaskan air dan tuang dalam baldi.

2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (hanya sedikit saja supaya tak berbau masam) dan soda bikarbobonat.

 

3. Basahkan mop dan perah, kemudian bolehlah mop lantai dapur atau ruang lain sehingga nampak bersih dan berkilat. Hasilnya lantai akan bersih berkilat namun tak melekit.

@roz_8492 Tips untuk lantai rumah kekal bersih dan berkilat🥰🥰… #santaihujungminggugaissss #tiktokibansarawak #rutinhujungminggu #simpletips ♬ La Vie En Rose – Emily Watts

Selamat mencuba.

 

Published by
Rose