Kebanyakan kuali yang selalu dan ‘sedap’ kita guna untuk memasak belakangnya hitam dan berkerak. Kuali tahap ‘legend’ ini memang tak dinafikan sukar dihilangkan kerak tebalnya, sebab itu ramai yang membiarkannya saja.
Namun cara yang dikongsi oleh Amy Rosina untuk membersihkan kuali legend ini memang boleh kita praktikkan. Kerak hitam belakang kuali yang bertahun-tahun boleh hilang dalam 30 minit saja. Terus licin dan berkilat.
Caranya pun mudah sangat, tak perlu beli berus atau pencuci khas. Cuma guna kapur makan saja. Langkahnya boleh ikut tip yang beliau kongsi.
Tak perlu susah payah sental sampai lenguh lengan atau luka jari. Guna cara ini tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang. Saya share untuk semua suri. Bahan yang diperlukan cuma kapur makan, berus dawai dan pisau.
2. Sapu belakang kuali yang berkerak hitam dengan kapur.
3. Kemudian cari kuali besar dan letak air, masukkan kuali yang dah disapu kapur tadi dalam kuali besar.
4. Didihkan.
5. Nanti akan nampak kerak hitam lekang dan tanggal. Didihkan lagi lama lagi bagus, tapi yang ini lepas mendidih saya tutup api.
6. Keluarkan kuali tadi waktu masih panas dan boleh terus kikis kerak yang masih ada. Keras ini dah jadi lembut dan senang untuk dikikis guna pisau.
7. Kerak yang tertinggal bolehlah dibersihkan guna berus dawai.
Nah dah berkilat, dari sapu, rebus dan kikis tak sampai 30 minit!
Dah tahu cara mudah ni boleh buat untuk kuali kita kat rumah ya. Selamat mencuba!
Sumber: Amy Rosina