Lipas sifatnya kotor, bila ada banyak di dapur ia memang merisaukan. Apa tidaknya dapur tempat kita menyedia dan menyimpan bahan-bahan makanan. Bimbang haiwan ini akan menjejaskan kebersihan makanan dan kesihatan kita.
Masalah lipas yang banyak di dapur memang perlu kita tangani agar tidak terus membiak. Antara cara mudah yang boleh kita praktikkan adalah dengan menggunakan dua bahan dari dapur juga iaitu gula dan baking soda. Caranya dikongsi Iza Abu Bakar.
Petua hapus lipas dengan dua bahan dapur
Ads
Sediakan 1 sudu makan baking soda dan 1 sudu makan gula.
2. Campurkan dua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.
3. Kemudian letak bekas ini tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun boleh saja taburkan campuran bahan ini di laluan lipas.
Ads
Fungsi gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda pula akan membunuh lipas secara senyap setelah memakannya.
Ada masalah untuk mencuci microwave atau ketuhar gelombang anda? Jangan bimbang, petua ini membantu anda dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
Isikan air dalam mangkuk (separuh mangkuk sahaja) kemudian perahkan jus lemon ke dalamnya atau dua biji limau nipis.
Seterusnya masukkan mangkuk tersebut di dalam microwave. Hidupkan suis selama tiga hingga lima minit, kemudian tutup semula suis dan biarkan mangkuk dalam microwave selama satu kedua minit, baru buka penutup microwave.
Keluarkan mangkuk, lalu bersihkan microwave dengan mengelap segala kotaran yang melekat dengan mudah. Termasuk cermin penutup microwave.
Selepas bersihkan microwave, jangan tutup pintunya… tunggu sehingga bahagian dalamnya kering
Tiada kaedah mencuci yang boleh menghapuskan mikroorganisma secara menyeluruh yang mungkin ada pada buah-buahan serta sayuran yang anda beli. Namun cara terbaik untuk mengurangkan jumlahnya adalah dengan mencuci di bawah laluan air bersih. Membasuh juga bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran, bakteria, serangga malah ia juga membersihkan kesan-kesan racun yang melekat pada makanan anda.
Seperti yang disarankan oleh Universiti Colorado, cara terbaik untuk mencuci buah atau sayuran adalah dengan mengisi bekas dengan air dan masukkan sayur serta buah anda ke dalamnya. Elakkan menampung air di dalam sinki kerana lubang laluan air berkemungkinan mengadungi bakteria yang memudaratkan.
Selain itu, air basuhan mestilah sejuk. Caranya ialah celup buah ke dalam bekas berisi air berais dan ketika dicuci, gosok kulit buah atau sayur sehingga sisa kotoran hilang. Cara ini bertujuan untuk menghalang mikroorganisma dari melekat pada sayur-sayuran menerusi batang serta bunga.
Untuk sayuran hijau seperti brokoli, anda boleh merendamnya selama 2 minit di dalam air batu sebelum membilasnya sekali lagi dengan air yang mengalir.
Mudah dan murah, inilah yang menyebabkan mi segera digemari ramai orang, sementelah lagi jika ada yang tak suka makan nasi. Di kalangan orang bujang, mi segera adalah menu paling digemari, terutamanya di hujung bulan. Tapi betul ke, sebungkus mi segera lebih rendah kalori berbandung hidangan nasi putih. Betul atau tidak, ini fakta yang boleh menjawab persoalan ini:-
Nasi lebih mengenyangkan berbanding mi segera?
Ramai orang beranggapan mi segera sebagai makanan ringan, kerana ia memberikan rasa kenyang bersifat sementara berbanding nasi. Maka mereka beranggapan kalori nasi lebih tinggi dari mi. Tapi fakta sebenar, satu hidangan mi segera700gm mengandungi370 kalori, Sedangkan, nasi putih dengan berat yang sama hanya mengandungi 91 kalori. Kenyataannya mi segera mempunyai empat kali lebih tinggi dari nasi.
Bagaimana kadar protein dan seratnya?
Kandungan protein dan serat dalam mi segera juga rendah, sedangkan kedua jenis zat ini sangat penting untuk diet. Dibandingkan dengan karbohidrat dan lemak, protein lebih diperlukan dalam pembentukan darah, kulit, otot dan tulang. Selain itu, protein juga membantu memberikan rasa kenyang sama halnya dengan fungsi serat dan melancarkan proses pencernaan.
Berisiko gangguan metabolisme jika makan secara rutin.
Agak mengejutkan, satu kajian tahun 2014, menunjukkan risiko wanita yang mengamalkan diet dengan mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan mi segera sebulan, mereka berisiko mengalami peningkatan gangguan metabolism kerana lemak dan simpanan tenaga dalam tubuh tidak terurai dengan betul. Timbunan lemak ini bukan hanya menganggu penurunan berat badan tetapi juga berisiko mendapat gangguan aliran darah, jantung, diabetes dan stroke.
Kandungan sodium yang tinggi boleh sebabkan obesiti.
Secara tidak langsung, kandungan sodium dalam mi segera boleh menyebabkan seseorang mudah ‘gemuk’. Malah, jika diambil terlalu banyak, ia boleh juga sebabkan seseorang itu cepat rasa haus. Oleh itu, minumlah air masak putih ikut keperluan yang disarankan.
Ketagih ? Ini cara atasinya.
Jika korang termasuk dalam kumpulan penggemar mi segera, cubalah seimbangkan pengambilannya dengan menambah bahan tambahan sebagai pelengkap hidangan, supaya keperluan prortein dan serat diperlukan oleh tubuh mencukupi. Misalnya tambahkan telur, sayuran hijau atau ayam, mahupun daging.
Ingat, jangan makan mi segera lebih dari satu kali seminggu. Salah satu cara mengelakkannya adalah sediakan kudapan sihat seperti oat atau jus buah, ia tetap masih boleh memberikan anda rasa kenyang.