
Selalu bila potong nangka atau pisang muda pisau akan melekat dengan getahnya. Ia memang susah untuk dihilangkan. Cuci banyak kali pun getah tetap melekat.
Sebenarnya untuk bersihkan getak ini kena tahu teknik yang betul, barulah getah ini akan tanggal dari pisau. Caranya ditunjukkan oleh Wan Zamilah Yusuf
Cara bersihkan pisau selepas potong pisang muda dan nangka

1. Inilah pisau yang kena kesan getah pisang.
2. Caranya sapukan minyak masak pada bahagian pisau yang melekat getah.
3. Kemudian, panaskan pisau atas api. Gunakan api yang perlahan.

4. Bila pisau dah panas, boleh terus bersihkan atas kain. Lapkan.
5. Hasilnya bukan setakat getah saja hilang, pisau pun nampak lebih berkilat.

Sumber: Wan Zamilah Yusuf
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Buat Cucur Jagung Sedap & Rangup.

Korang suka cucur jagung, tapi tak suka yang berminyak, keras atau terlalu lembik, ini ada tip mudah yang boleh korang cuba supaya hasil cucur jagung yang korang buat rangup, sedap dan takda masalah berminyak lagi. Tidak salah mencuba tip ni ye..

Jagung Manis
Gunakan jagung manis, kemudian hirisan isinya seperti hirisan membuat bubur, kemudian gunakan bahagian belakang pisau untuk keluarkan kanjinya yang masih berbaki pada tongkol jagung.

Tepung Beras
Ramai yang membuat cucur menggunakan tepung gandum, tetapi jika korang ingin mendapatkan tekstur cucur yang rangup ia perlu dicampurkan dengan sedikit tepung beras. Nisbahnya ialah 3:1 atau 2:1 (dua untuk tepung gandum : satu untuk tepung beras). Terpulang kepada cita rasa korang dan keluarga. Sebaiknya gunakan tepung gadum rendah protein dan tambah sedikit serbuk penaik dalam adunan cucur.

Tambah Bawang
Selain menambah garam sebagai perasa, korang boleh tambah bawang. Ada yang menggunakan hanya bawang putih, ada juga yang menggunakan gabungan bawang putih dan merah. Malah untuk
Stok Serbuk
Rasa sedap pada cucur termasuk cucur jagung adalah dengan menambah sedikit perasa ayam, daging, ikan bilis atau cendawan. Ikut cita rasa korang. Kalau korang nak masukkan udang atau ayam segar yanga dicincang juga tidak menjadi masalah.
Adunan yang konsisten
Pastikan kekentalan adunan adalah konsisten setiap kali membuat cucur. Jika menggunakan telur, masukkannya di awal adunan campuran jagung dan tepung sebelum menambah air, dengan cara ini korang boleh mengagak kepekatan. Biasanya kepekatan yang diperlukan seperti korang membuat lempeng. Jika ingin lebih nipis, adunan mestilah sedikit cair.

Minyak
Gunakan minyak baru, ini penting supaya cucur jagung korang tidak dicemar oleh aroma masakan lain yang telah digoreng dengan minyak tersebut.
3 Cara Potong Telur Rebus Sempurna & Tak Hancur

Telur selain dibuat telur mata, telur dadar, sebenaranya telur sedap juga dijadikan telur rebus kemudian dimasukkan dalam pelbagai masakan. Selain dikupas dan terus dihidangkan, telur rebus juga dixzjikznkan dengan cara dibelah dua, empat atau apa saja bentuk ikut kesesuaian hidangan.
Apa yang menjadi masalah adalah cara memotong, kerap berlaku semasa memotong kuningnya terkeluar kerana melekat pada pisau. atau kadang-kadang putih telur pecah semasa dipotong. Melihatkan hasil potongan yang comot ni mesti tak bestkan. Walau nampak mudah potong telur rebusnya, hakikatnya taklah mudahkan. Tapi ia boleh diatasi dengan ikut tip berikut ini:-

.Potong Telur Rebus Semasa Sejuk
Selapas telur rebus masak, biarkan hingga sejuk baru dipotong. Ini kerana telur lepas di rebus masih dalam proses memasak dalam beberapa saat. Jika dipotong, bahagian kuning dan putih percah dan melekat pada pisau, ia menjadikan potong telur comot. Jika ingin telur rebus cepat sejuk, rendamnya di dalam air sejuk sekejap sebelum dikupas dan dibelah.

Gunakan Pisau Yang Betul
Penggunaan pisau yang betul sangat penting dalam menentukan hasil potong telur rebus. Jangan sesekali menggunakan pisau bergerigi seperti pisau roti. Ia akan hanya merosakkan potongan telur. Gunakanlah pisau yang tajam, kemudian hiris secara berhati-hati dan tidak terlalu menekan pada telur rebus.

.Guna Egg Slicer
Jika semua cara di atas telah dipraktikkan tapi hasil hirisan masih kurang sempurna, penyelesaian mudah beli sahaja egg slicer yang ada dijual di kebanyakan pasaraya dan harganya juga tidak mahal. Egg slicer membantu membuat hirisan atau potongan telur dengan beberapa cara ikut cita rasa.
Diharapkan dengan tip ini, anda tidak perlu takut gagal semasa memotong telur rebus dan hiasan hirisan telur dalam masakan korang tampak lebih kemas dan cantik.
Masak Menggunakan Aluminium Foil…Oh, Tidak…

Bila memanggang makanan korang pernah guna aluminium foil tak. Alaa kertas aluminium untuk balut daging, ayam, ikan bila masak BBQ tu. Waspada lah ya sebab ia boleh memudaratkan kesihatan.

Ada bahaya di sebalik penggunaan aluminium foil itu.
Mengapa aluminium tu boleh jadi bahaya pulak ?
Tahukah korang aluminium ini adalah logam yang sangat reaktif dan bertindak balas dengan makanan yang dibalutnya. Jadi jika anda terlalu kerap menggunakann semasa memasak terutamanya untuk makanan yang berasid dan pedas. Masakan jenis ini boleh menyerap logam didalam foil bila dipanaskan.

Dos aluminium yang tinggi dipercayai boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis dan Alzheimer. Selain itu ia juga dikaitkan dengan pesakit tulang dan kegagalan buah pinggang Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa 40mg logam ialah pengambilan harian yang selamat.

Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Amerika Sharikat menunjukkan bahawa makanan yang dimasak dalam ‘foil’ tersebut boleh mengandungi lebih dari enam kali dari jumlah itu, dengan satu bahagian daging dimasak mengandungi sehingga 400mg.
Penyelidik tersebut iaitu Dr Fathia Mohammed dan Dr Essam Zubaidy telah memasak pelbagai daging dengan berbagai jenis bahan lain seperti tomato, cuka, garam bersama-sama dengan sayur-sayuran dan air. Mereka juga selaraskan suhu dan tempoh masa.
Kajian ini menunjukkan bahawa makanan yang berasid seperti menggunakan jus lemon atau sos tomato mengandungi aluminium yang tinggi. Tambahan pula, apabila ditambah rempah ratus kepada campuran tadi, ia menjadikan kandungan aluminium tersebut semakin tinggi.

Bagi makanan yang dimasak dengan alkohol dan garam pula, ia tidak menyerap banyak. Walaupun badan manusia sebenarnya boleh menangani jumlah logam yang kecil di dalam badan, tetapi ia akan menjadi bermasalah apabila tubuh kita menerima jumlah yang berlebihan.

Dah tahu kan, jadi carilah alternatif lain untuk membalut makanan untuk dimasak. Orang dulu-dulu guna daun pisang aje bila nak memanggang dan membakar ikan, daging dan makanan laut, Malah ia menyedapkan lagi masakan kerana aroma daun pisang akan menyerap pada makanan.

Memang sukar nak cari daun pisang ni lebih-lebih lagi bagi warga kota yang tinggal di pangsapuri, flat dan kawasan perumahan lain. Tapi cuba lah elakkan menggunakannya terlalu kerap, kesihatan tu lebih penting kan.Kata orang cegah sebelum rawat tu lebih bijak.
Rujukan : iluminasi.com, metro.co.uk, Risk Assessment of Using Aluminium Foil in Food Preparation

