Selalu terjadi santan yang kita simpan dalam peti sejuk akan jadi berketul-ketul bila hendak digunakan. Sudahnya bila hendak gunakan untuk membuat gulai hasilnya jadi tak cantik.
Jika berdepan dengan masalah ini boleh gunakan tip berikut untuk memastikan santan berketul ini jadi elok semula. Caranya cukup mudah hanya letak daun pisang saja
1. Panaskan santan dalam periuk tapi pastikan guna api perlahan saja.
2. Pastikan santan sentiasa dikacau.
3. Kemudian masukkan daun pisang yang dipotong di dalam santan tadi.
4. Teruskan mengacau santan dalam pada yang sama santan yang berketul atau pecah tadi akan lerai dan elok semula.
Sumber: Amma Aiza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Banyak Ulas & Manis
Sekarang, harga buah cempedak memang mahal dan harganya lebih kurang macam durian dah. Sebiji cempedak saiz sederhana, harganya mampu mencecah RM20-Rm30. Begitu juga kalau beli yang dah siap digoreng. Ada yang jual RM1 untuk seulas. Mahal tu!
Kalau nak puas makan, kenalah beli sebiji dan goreng sediri di rumah. Tapi macam mana nak tahu cempedak yang kita pilih tu mempunyai isi manis, masak dan sedap? Yelah, kulitnya tebal. Kalau cium bau pun, belum tentu lagi isi dalamnya masak. Ha…ini ada lima panduan memilih buah cempedak yang sempurna. Anda bolehlah cuba nanti.
TIP PILIH BUAH CEMPEDAK YANG MANIS, SEDAP & SEMPURNA
1. KULIT SEMPURNA
Perkara pertama yang perlu dilihat masa pilih buah cempedak ialah keadaan kulinya. Pilih buah yang berkulit elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan serangga atau haiwan. Ini kerana dibimbangi isi cempedak tidak elok, masam serta berulat.
2. BUAH BERWARNA KUNING
Cempedak yang masak serta matang mempunyai kulit yang berwarna kuning kehijauan. Jika warna cempedak yang dijual masih banyak hijau berbanding kuning, elakkan yang sedemikian kerana isi dalamnya pasti belum masak sempurna dan mempunyai rasa hambar. Selain warna kulit, lihat juga keadaan tangkainya. Pilih buah yang tangkainya berwarna coklat kerana ia menunjukkan buah tersebut berkualiti bagus.
3. DURI TUMPUL & MELEBAR
Masa pilih buah tu, sentuh permukaan kulit cempedak dan lihat durinya. Kalau duri cempedak tu rasa tumpul dan bentuk dia melebar, maksudnya buah tu memang dah masak. Cara ni juga anda boleh guna untuk buah nangka.
4. TEKAN KULIT
Selain merasa duri, anda juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan. Jika masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Sebaliknya pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
5. BAU WANGI
Sama seperti durian, cempedak yang masak serta manis boleh dicari menerusi baunya. Kena buah yang elok, dari jauh dah boleh bau kemanisannya. Sebenarnya cempedak yang separuh matang juga mengeluarkan aroma. Cuma bezanya, cempedak yang betul-betul masak mengeluarkan bau yang sangat kuat. Oleh itu, masa pilih buah, jangan ambil yang wangi sahaja. Kena pilih yang betul-betul wangi tau. Barulah puas hati!
6. PILIH BUAH BERAT
Disebabkan harganya yang mahal, ramai yang memilih buah yang kecil dan sedikit ringan. Hati-hati! Kerana anda berkemungkinan beli buah yang kosong dan tidak berisi. Sebaliknya, pilihlah buah yang berat dan ada ciri-ciri seperti diatas. Barulah puas hati dengan isinya.
Buah cempedak ni beli mahal kan? Jadi, selain dimakan isinya, kulitnya jangan dibuat. Boleh buat Jeruk Kulit Cempedak atau dikenali juga sebagai mandai. Goreng dengan cili dan bawang memang sedap!
Jom cuba.
Cara-Cara Hasilkan Jeruk Kulit Cempedak@Mandai. Sajian Tradisi Orang Banjar Yang Sangat Sedap!
Cuma Guna Baking Soda, Selesai Masalah Bau Busuk Peti Sejuk, Tong Sampah, Karpet & Almari
Baking soda bukan saja boleh digunakan untuk membuat kek, roti dan kuih. Malah serbuk ini juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau yang kurang enak di rumah.
Tak perlu keluarkan belanja lebih untuk membeli produk pewangi. Hanya dengan menggunakan baking soda saja banyak masalah bau busuk di rumah boleh diatasi. Boleh ikut cara ini.
1. Harumkan ruang dalam rumah
Selain menggunakan produk haruman rumah, kita juga boleh menyegarkan udara kediaman dengan menggunakan baking soda. Caranya, campurkan satu sudu serbuk penaik ke dalam air dan titiskan minyak esensial kegemaran. Semburkan campuran itu di bilik tidur atau ruang tamu.
2. Hilangkan bau peti ais
Ada kalanya peti ais memang akan berbau disebabkan kita menyimpan pelbagai makanan di dalamnya. Bagi menghilangkan bau itu, cukup dengan meletakkan baking soda dalam piring dan biarkan ia di dalam peti ais. Serbuk itu akan menyerap bau kurang enak serta memberikan bau segar.
3. Nyah bau hapak karpet
Permaidani yang lembap dan kotor akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Cara atasinya mudah, taburkan baking soda pada karpet anda selama 15 minit atau semalaman sebelum di vakum. Semua bau hapak akan hilang.
4. Hilangkan bau tong sampah
Untuk mengurangkan bau tong sampah di rumah taburkan serbuk penaik pada bahagian dasar tong. Ia akan bertindak sebagai penyerap bau.
5. Bau masam almari pakaian
Tidak perlu lagi membeli semburan penyegar pakaian, dengan baking soda pun boleh menghilangkan bau hapak dan masam pada pakaian yang disimpan dalam almari.
Caranya semburkan baking soda yang dibancuh dengan air pada pakaian atau meletakkan serbuk itu di dalam bekas dan letakkan di dalam almari.
Selamat mencuba!
Sumber:Mstar
Rendam Kulit Bawang, Airnya Berguna Untuk Hapuskan Serangan Ulat Pada Pokok Sayur
Kalau di rumah ada bercucuk tanam atau berkebun kita biasa berdepan masalah tanaman diserang semut, ulat beluncas, bena putih dan lalat buah.
Semua ini akan merosakkan sayur malah buah juga. Daripada guna bahan kimia untuk selesaikan masalah, lebih cuba cara semula jadi yang lebih selamat seperti yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Dia menyelesaikan masalah serangan serangga perosak dengan cara membuat air semburan dari kulit bawang. Hasilnya dalam masa beberapa hari masalah serangan haiwan di atas akan selesai.
Cara membuat air semburan rendaman kulit bawang juga ada dikongsi.
DIY air kulit bawang untuk pokok sayur kena serangga perosak
Ini petua untuk elak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara seperti di bawah. Selepas tiga hari guna, puas hati rasanya. Semut kecik dan semut hitam pun dah tiada.
1. Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
2. Rendam kulit bawang ini seketika dalam beberapa minit.
3. Kemudian isi penuh air dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekas. Simpan dua hari di bawah singki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L. Kemudian tambah air paip supaya penuh.
Cara penggunaan
- Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air.
- Sembur pada pokok bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InsyaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Selamat mencuba!
Sumber: Liyana Mohd Poad