Nasi impit lambat basi, tip ini kena gunakan terutama bila nak buat nasi ini dalam kuantiti banyak.

Sebabnya selalu berlaku dan buat kita frust, bila nasi impit yang dah penat-penat masak, esoknya dah mula berlendir dan basi.

Nak elak pembaziran, lebih-lebih lagi kalau masak dalam kuantiti banyak, apa kata cuba tip mudah yang dikongsi oleh Zaty ini. Hanya dengan beberapa langkah ringkas, nasi impit boleh tahan lama walaupun disimpan pada suhu bilik.

Ads

Tip masak nasi impit elak cepat basi dan berlendir

1. Masak nasi impit seperti biasa hingga masak.

2. Selepas masak terus angkat dan tos seketika.

3. Kemudian terus lalukan atau bilas nasi impit dengan air paip atau air bertapis. Seterusnya tos hingga kering airnya.

Tip Nasi Impit Lambat Basi, Dah Seminggu Pun Elok Lagi

4. Selepas betul betul sejuk baru potong. Cara ini nasi impit akan tahan pada suhu bilik selama dua hari.

Ads

Kalau nak tahan lebih seminggu, guna cara ini

Dalam pada itu netizen juga turut berkongsi tip lain di ruang komen untuk mengelakkan nasi impit cepat basi. Antaranya seperti berikut;

  • Ganti air waktu masak

Sewaktu masak nasi impit ganti air beberapa kali. Contonya jika masak selama 4 jam tukar air rebusan empat kali selain letak daun pandan dan garam.
Cara ini nasi boleh tahan seminggu tanpa simpan dalam peti ais. Boleh juga kukus nasi impit ini selepas empat hari.

  • Rendam lama

Selepas nasi impit masak, rendam lebih lama agar lambat basi. Kemudian tos, simpan nasi impit yang tak mahu digunakan lagi alam peti ais. Sebelum dihidangkan, kukus dulu dan biarkan sejuk. Cara ini nasi impit boleh tahan hingga seminggu lebih.

Ads

Kredit: Zaty

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI