Makan

Tip Penting Buat Nasi Goreng Kuantiti Banyak Supaya Tak Cepat Basi, Kena Goreng Sampai Naik Asap!

Share

Buat nasi goreng tapi selepas beberapa jam hidangan dah basi. Tapi hairannya nasi putih yang sama tak dimasak elok saja.

Masak nasi goreng ini memang mudah tapi untuk pastikan ia tahan lama ada beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika mengggoreng. Ia penting terutama jika menyediakan nasi goreng dalam kuantiti yang banyak.

Tip ini dikongsi oleh peniaga Cik Ijan yang mengambil tempahan makanan dalam satu hantaran media sosial di sebuah grup masakan popular. Ia dipelajari daripada pengalaman beliau yang baru mengalami situasi nasi goreng basi selepas beberapa beberapa jam disiapkan.

“Kecewanya hati, 7 pagi siap masak. 9 pagi hantar, 11 pagi dah basi.

“Selepas diselidik silap saya tak goreng dengan api besar sampai naik asap dan tak goreng nasi hingga garing.

“Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar. Masa nak masukkan nasi,saya kecilkan api dan gaul rata sahaja tak buka api besar. Rugi modal, masa dan tenaga.Pengalaman untuk saya, 5kg beras bazir.

Pesannya bagi memastikan nasi goreng tahan lama pastikan ia digoreng dengan cara berikut;

1. Bahan rencah perlu digoreng garing.

2. Goreng nasi menggunakan api yang besar.

2. Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap.

3. Goreng nasi hingga garing.

Semoga bermanfaat

Sumber: Cik Ijan

 

Published by
Rose