Makan

Tip Rebus Kacang Kuda Supaya Cepat Empuk, Cukup Lemak & Masinnya

Share

Makan kacang kuda rebus memang sedap cuma selalu merungut nak merebusnya ambil masa untuk empuk. Ada masa dah rebus lama pun masih tak lembut.

Nak rebus kacang kuda ini ada tipnya, barulah kacang cepat empuk, cukup lemak dan masinnya. Boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Noremyza Ibrahim.

Tip kacang kuda cepat empuk, sejam dah boleh makan
  1. Rendam dulu kacang kuda semalaman, paginya cuci bersih dan tos.

2. Masukkan air dalam rice cooker, bersama dengan daun kari, minyak masak dan ½ sudu besar soda bikarbonat.

3. Bila air hampir mendidih baru masukkan kacang.

4. Bila kacang hampir empuk masukkan garam. Jangan letak awal nanti kacang lambat lembut.

5. Selepas kacang empuk, tos airnya. Cara ini hanya memerlukan masa lebih kurang sejam saja, kacang akan cukup empuk, lemak dan masinnya.

 

Sumber: Noremyza Ibrahim.

 

Published by
Rose