Tip Rebus Pucuk Ubi Elak Angin & Sakit Kepala Lepas Makan

Share

Ada orang yang alah bila makan pucuk ubi. Asal makan saja perut jadi sebu, sendawa dan berangin kemudian mulalah sakit kepala. Tapi ada masa dek teringin sangat hidangan ini tetap dimakan jua.

Bagi yang mengalami situasi ini bila makan pucuk ubi boleh gunakan petua yang dikongsi oleh Mama Sal

untuk mengelakkan masalah angin dan sakit kepala selepas makan sayur ini.

Petua rebus pucuk ubi untuk elak angin & sakit kepala

Petua dari mak Sal sendiri yang diperoleh dari orang tuanya. Mak memang tak boleh makan sembarangan memang mudah kena angin. Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.

Caranya

Tapi lepas amalkan petua ini mak dah boleh menikmati keenakan pucuk ubi tanpa masalah lagi. Caranya :

1. Sediakan air dalam periuk dan masuk pucuk ubi. Nak rebus dengan batang sekali pun boleh.

2. Sebelum merebus masukkan sekali beras. Kemudian rebus sampai pucuk ubi empuk.

3. Tip ini boleh digunakan untuk masak makanan lain yang berangin contohnya nangka.

Sumber: Mama Sal

 

Published by
Rose