Tip masak sagu ini penting supaya dapat mendapat menghasilkan hidangan pencuci mulut berasaskan sagu yang cantik.
Ini kerana tak semua kalangan kita yang tahu cara memasak sagu yang betul hingga ada yang berdepan masalah sagu berketul-ketul, melekat, tak jernih dan masih ada bintik putih. Agar sagu masak cantik, jernih dan tahan lama berikut adalah cara yang perlu dipraktikkan.
1. Panaskan air hingga menggelegak kemudian baru masukkan sagu. Pastikan air lebih banyak dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul. Boleh masukkan pewarna Ketika ini jika mahu.
2. Setelah sagu bertukar jernih iaitu biji putihnya hilang, tutup api.
3. Tuang sagu dalam besen atau mangkuk lalu bilas dengan air biasa untuk membuang kanjinya.
4. Kemudian tos air sagu. Sedia digunakan.
Baca: Cara Masak Kuih Sagu Kukus Yang Sedap, Tak Lembik & Tak Keras
Inilah hasil sagu yang dimasak cantik
5. Sekiranya mahu menyimpan sagu ini, letak sagu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Tutup kemas.
Sagu ini boleh tahan selama 1-2 minggu di dalam peti ais. Sagu yang disimpan ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membuat manis sagu gula melaka atau dimasukkan dalam bubur.
Kredit resipi & foto : Aisyah Humaira
Artikel berkaitan : Kuih Sagu Pandan Sedap, Kukus Macam Ni Memang Lembut