Hajat di hati nak buat sambal bilis cili padi yang rangup, tapi bila dah masak dan biar lama jadi lembik pula. Walhal ikan bilis sudahpun digoreng garing.
Nak pastikan sambal ikan bilis kekal rangup ada cara yang perlu dilakukan. Kalau ikut tip Nurulnabila Zaidi
, mudah saja. Katanya elakkan masuk bawang merah dalam bahan tumis, hanya gunakan bawang putih saja. Cara ini ujarnya sambal ikan bilis akan rangup sampai seminggu.Resipi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Ikan bilis
Bawang putih
Cili api merah & hijau
Garam
Serbuk perasa
Asam keping
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Sebaiknya tumbuk lumat.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak. Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping. Gaul rata.
5. Bila sambal dah masak, masukkan ikan bilis.
Selamat mencuba
Sumber : Nurulnabila Zaidi