Beras adalah makanan ruji kita yang memang akan sentiasa ada di rumah. Tak boleh putus stok. Tapi kita tak dapat menjangka kedatangan bencana alam yang boleh menyebabkan bekalan beras terputus.
Oleh itu sedikit sebanyak kita perlu menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan ini. Sekampit pun tak mengapa asalkan ada. Tapi nak menyimpan beras sebagai bekalan ketika kecemasan ini ada caranya kerana ia akan disimpan dalam tempoh yang lama.
Agar beras kekal elok boleh ikut tip yang dikongsi oleh Fadzielah Ayub. Cara beliau adalah dengan menyimpan beras dalam plastik vakum.
Ini cara saya untuk simpan beras supaya tahan lebih lama. Saya simpan dalam plastik vakum ni supaya beras tahan lama dan tidak rosak. Nak masak, baru buka.
Bila krisis beras tengah melanda, tak salah kalau kita nak beli beras lebih dan simpan untuk keperluan masa hadapan. Tapi pastikan cara simpanan tu betul supaya tak rosak dimakan bubuk/kutu beras. Bila beras rosak, sayang pulak terbazir kan?
1. Sebaiknya untuk simpan beras, ambil beras yang baru dibeli untuk mengelakkan kehadiran bubuk. Pastikan juga beras dalam keadaan benar-benar kering kerana lembapan akan menyebabkan beras rosak.
2. Sediakan plastik kedap udara dan sebaiknya bersama sealer atau alat vakum. Boleh guna yang ini juga, lebih senang.
3. Masukkan beras dalam plastik dan vakum atau keluarkan udaran kemudian seal. Kuantiti boleh buat 1-2 kg untuk satu pek bergantung kepada saiz plastik.
4. Selepas dibungkus simpan beras ini di tempat yang kering dan stabil suhunya, elak simpan ditempat yang lembap.
5. Jangan letak beras yang dipek ini di tempat terkena cahaya matahari secara terus. Seeloknya simpan di tempat gelap seperti dalam kabinet.
6. Jika sebelum ini ada menyimpan beras sebegini, gunakan yang lama sebelum membuat pek beras yang baru supaya tidak disimpan terlalu lama.
Sumber: Fadzielah Ayub