
Bagi yang suka hidangan sandwic atau sedang diet, salad ini antara sayuran yang selalu dijadikan stok.Cuma jadi masalah daun salad ini paling lama boleh simpan dalam satu minggu, selepas tempoh ini daun akan jadi lembik.
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Nur Fitriyana bagi membolehkan daun salad ini tahan lebih lama. Dua hingga tiga minggu pun daun salad masih elok segar.
Tip simpan daun salad agar tahan lama
1. Basuh daun salad, tak perlu keringkan .
2. Sediakan bekas dan tisu dapur, susun salad dalam bekas dan alas menggunakan tisu kering setiap lapisan daun salad.

3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Salad yang disimpan dengan cara ini boleh bertahan 2-3 minggu, daunnya kekal elok dan segar.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Fitriyana
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Adab Basuh Beras Cara Islam Yang Patut Diamalkan.

Sebagai ibu, setiap hari bila memasak, kita tentunya nak beri hidangan yang terbaik buat insan-insan tersayang. Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Sebagai muslim, seeloknya sebelum mula memasak, kita haruslah dalam keadaan suci dan berwuduk.

ADAB BASUH BERAS CARA ISLAM
- Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan.
- Basuh beras dengan menghala arah lawan jam. (arah tawaf)
- Sambil membasuh bacalah “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” maksudnya “Tidak ada penyembuhan selain dari Allah”
- Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau di yakin bersih.
- Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Petua Hilangkan Sakit Lutut!

Sakit lutut ni bukan orang berumur, nenek atuk je yang kene taw..Yang umur 40an atau yang lebih muda pun kadang-kadang boleh sakit lutut. Ia boleh mengganggu aktiviti seharian dan menyebabkan pergerakan terbatas. Jom cuba petua ni, mana tahu serasi. In Sha Allah.

BAHAN-BAHAN
- 2 biji epal hijau didadukan
- 4-5 batang serai diketuk (kalau besar guna 3 sudah memadai)
- 1 batang kayu manis ceylon (patah patahkan)
- 5 gelas air
CARA PENYEDIAAN
- Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
- Minum masa suam suam. 2 kali sehari. Nak minum setiap hari pun boleh, nak minum 2 atau 3 kali seminggu pun boleh.
- Epal boleh dikunyah jika suka.
Jom kita lihat khasiat bahan-bahan yang digunakan.
KHASIAT BAHAN
KAYU MANIS CEYLON
- anti radang bagus untuk sendi
- kurangkan kolestrol
- kurangkan selera makan
- merawat senggugut
- kuatkan antibodi
- merawat kencing manis
- merawat jangkitan pundi kencing
SERAI
- anti radang, bagus untuk sendi
- bantu proses penghadaman
- buang toksin dalam badan
- anti kanser
- pecahkan lemak
- merawat kencing manis
EPAL HIJAU
- mencegah sakit sendi
- menguatkan tulang
- kaya dengan fiber
- kaya dengan mineral, iron, copper, zink, magnesium, potassium vitamin A, B, C
- melancarkan darah
- kaya dengan antioksidan
INFO: Kalau ada penyakit tekanan rendah, berbadan dua dan ambil ubat pencair darah TIDAK DIBENARKAN pengambilan ni ya..
Kredit: Lia Yob Ibrahim
Tak Sangka Bawang Putih Kalau Di Bakar Khasiatnya Lebih Banyak! Jom Cuba.

Bawang putih ni memang banyak khasiatnya biasa orang guna untuk buang angin dalam badan. Tapi tak sangka kalau di panggang khasiatnya lebih banyak lagi! Jom cuba..
Bawang Putih Bakar untuk makan malam bersama nasi putih dan sedikit ulam (diet malam ni). Cara2 seperti di dalam video.. dan gambar sebelah yang dah siap. Khasiatnya utk membuang angin dalam badan secara alami, elok utk ibu dalam pantang dan turunkan kolestrol dalam darah. Perkongsian dari Noreez Rahmat
https://www.facebook.com/Noresmaliza/videos/10215781326710116/

Bawang putih dikenal di seluruh dunia kerana manfaatnya membantu banyak orang sakit. Doktor menyarankan untuk menggunakan bawang putih mentah sebagai ubat semula jadi untuk mengendalikan tekanan darah tinggi dan rendah, kolesterol tinggi, penyakit jantung, serangan jantung dan penurunan aliran darah.
Sifat yang menakjubkan adalah bawang putih mampu membantu mencegah pembentukan angiotensin II, hormon dan melancarkan pembuluh darah. Bawang putih juga bermanfaat dalam mengendalikan kolesterol LDL.
Pasti terkejut dengen kesan pencegahannya. Siapa sangka ternyata ada banyak khasiat yang tak terduga. Para ahli perubatan menyatakan bahawa jika seseorang makan enam ulas bawang putih panggang setiap hari hasilnya akan menakjubkan.
Setelah makan enam ulas bawang putih panggang sehari, akan nampak perubahan ini pada tubuh.
1 jam
- Pada jam pertama bawang putih dicerna di perut, dan kebanyakan sayuran, itu menjadi makanan bagi tubuh badan.
2-4 jam
- Pada tempoh ini, bawang putih sedang melawan radikal bebas dan sel kancer yang ada.
4-6 jam
- Cairan berlebih dan lemak tubuh yang tersimpan dikeluarkan kerana metabolisme tubuh, Orang yang makan mula merasakan manfaat yang bertindak balas oleh bawang putih.
6-7 jam
- Suatu proses melawan bakteri mula berlaku kerana sifat anti bakteri bawang putih.
6-10 jam
- Tubuh akan terlindung dari oksidasi kerana nutrisi telah memainkan peranan utama pada jumlah sel.
10-24 jam
Setelah itu, tubuh akan melalui proses pembersihan dalam dan memiliki hasil sebagai berikut :
- Mengatur kadar kolesterol
- Melindungi organisme dari masalah kardiovaskular
- Menurunkan dan memperbaiki tekanan darah
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Mencegah logam berat memasuki tubuh
- Meningkatkan kekuatan tulang
- Menghilangkan lelah
- Meningkatkan Performa Atletik
- Meningkatkan umur sel yang panjang
Sumber: Grid / ohmatakucing.net
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Penuh Khasiat! Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Melampau!
Resipi Serunding Halia Bawang Putih. Bagus Untuk Ibu Berpantang & Buang Angin Dalam Badan.
Suka Makan Jeruk Bawang Putih? Ini Cara Membuatnya Secara Homemade.

