Ramai teruja membeli petai bila melihat yang segar dan ‘bermata’ besar. Terus beli dalam jumlah banyak untuk dijadikan stok.
Tapi pastikan cara simpan petai ini betul supaya tahan lama dan kekal segar. Jika ikut perkongsian Mohd Syafiq Ahmad Khasisi
ini, petai yang disimpan tetap segar macam baru kupas walaupun dah lebih sebulan dalam peti. Ini caranya.
2. Buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai.
3. Masukkan dalam plastik kecil, bahagikan setiap plastik sekali masak.
5. Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen.
6. Petai akan membeku, kalau tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
7. Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
8. Basuh dan terus boleh masak ikut cita rasa.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasisi