
Santan segar memang membuatkan masakan lebih enak cuma jadi masalahnya untuk menyimpannya. Santan segar ini perlu diletak dalam peti sejuk supaya tahan lama. Kalau bekalan elektrik terputus lama, memang menyebabkan santan rosak.
Supaya santan yang disimpan tak basi bila bekalan elektrik terputus boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia kekal elok. Tip ini dikongsi oleh pakman3390 dalam akaun TikTok beliau.
Menurut beliau cara ini membolehkan santan tetap segar selama 2-3 hari walaupun disimpan di luar peti sejuk.
Cara simpan santan luar peti ais supaya tak basi
1. Masukkan santan dalam satu bekas kemudian letak ais sampai menutupi semua santan.

2. Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.
3. Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.

Fungsi garam halus ini untuk ais tahan lama. Boleh biarkan saja santan dalam ais ini dan ia akan kekal elok di luar peti ais selama 2-3 hari.
@pakman3500 #tips #tipsmenyimpan #santansegar #resepipakman #kemahirandapur #tipshidup ♬ Cute Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kenali 10 Jenis Gula Dan Apa Gunanya. Peminat Bakeri Kena Tahu Ni…

Kalau ke pasaraya macam-macam jenis gula ada. Setiap jenis gula teksurnya berbeza dan cara guna kena tepat mengikut jenis sajian kuih muih, kek, minuman dan biskut. Jadi kita kenalah tahu kegunaan dan kesesuaian gula dengan menu yang kita nak buat.
Ni min kongsi jenis gula dan kesesuaiannya
1. Gula pasir (coarse sugar)

Ni gula yang paling kerap dan mudah didapati. Berwarna putih dan butir-butir gula agar kasar. Sangat sesuai untuk kegunaan seharian, untuk bancuh minuman atau membuat kuih muih gula ni memang pilihan tepat. Malah jika nak buat gula halus untuk puding atau kek pun sangat sesuai. Cairkan aja gula pasir ni atas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan, kemudian baru masukkkan sedikit air dan kacau hingga cair.
2.Gula halus (fine granulated sugar)

Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)

Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada,boleh gunakan gula halus.
Gula castor juga boleh dibuat dengan mengisar halus gula halus (fine granulated sugar dikisar jadi superfine).
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)

Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)

Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan disarankan untuk dikisar kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6.Gula merah

Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir. Kena larutkan dalam air dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya.
7. Gula Melaka @ gula kabung

Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka dan kuih tradisional yang lain. Lazat juga dimasukkan dalam bubur kacang, bubur jagung, bubur cha cha dan sebagainya.
8. Sirap emas (golden syrup)

Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan (cecair) dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
9. Gula hitam (treacle @molasses)

Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
10.Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)

Cecair jernih yang pekat antaranya dibuat dari kanji jagung. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula. Dikenali sebagai sirap glukos.
Kredit artikel : resipinoraini.blogspot.com
Hjh Noraini Zakaria
ANDA MUNGKIN MENCARI MIXER ATAU MESIN MEMPROSES MAKANAN TERKINI. JOM LAYARINYA DI SINI.
VIDEO MASAKAN INI JUGA AMAT MENARIK DITONTON :
DAN JUGA RESIPI DI LINK INI :
https://www.rasa.my/donut-berinti-lembut-dan-gebu/
Tip Pilih Ketam Isi Padu & Penuh Telur, Baru Berbaloi Beli Mahal-mahal

Ketam antara haiwan laut yang agak mahal harganya. Nak tahu tip macam mana nak pilih ketam yang isinya banyak dan penuh dengan telur, ikuti perkongsian daripada Siti Aminah Yousoff ini. Baru berbaloi beli mahal-mahal kan?
Tengok dari gambar yang dikongsikan memang banyak isi dan penuh telur ketam yang dipilih. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang lain bila nak beli ketam nanti.
Tip Pilih Ketam Isi Padu Dan Banyak Telur
- semasa memilih ketam, pastikan ketam yg kita pilih tu berat, kecik x pe yg penting berat

- Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina.

- Lihat tempat bertanda tu..pastikan tempat tu berwarna kuning atau warna ke oren sedikit.

- saya beli 4 ekor ketam tadi.. Nampak tak telur ketam tu.. Memang tak mengecewakan.. tak sabar nak masak

- Setelah dicuci dan dibersihkan, inilah hasil nya.. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak

- Ini lah hasilnya, 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya.. Kalau rasa tips saya berguna , boleh la try nanti.. Alhamdulillah

#SayaAnakNelayan
Kredit: Siti Aminah Yousoff
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sangat Sedap! Resipi Nasi Tomato Simple & Ayam Masak Rose Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Diet Tapi Nak Makan? 25 ‘Superfoods’ Ini Bantu Anda Bakar Lemak

Tidak ada definisi tepat untuk superfoods, Secara umumnya ia diterima sebagai makanan yang mengandungi kandungan tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Superfoods bukan sekadar makanan terbaik untuk mengurangkan berat badan, ia juga dikenali sebagai sumber antioksidan baik yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan perkembangan penyakit yang melemahkan.

1. Avocado
- Kaya dengan L-carnitine yang boleh memetabolisma sel-sel lemak.

2. Teh Hijau
- Mengandungi antioksidan yang akan meningkatkan metabolisma.

3. Bluberi
- Mengandungi serat larut untuk membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama.

4. Badam
Mengandungi zink dan vitamin B untuk membantu mengatasi keinginan gula.

5. Limau Gedang
- Diketahui membantu meningkatkan metabolisma.

6. Oat
Mengandungi serat larut yang juga boleh membantu anda merasa kenyang lebih lama.

7. Salmon
- Mengandungi protein yang membantu membantu membina otot dan pembakaran lemak.

8. Keledek (Sweet Potato)
Rendah kalori tetapi mengandungi serat tinggi.

9. Oren
Serat yang tinggi dan membantu mengatasi selera makan.

10. Tomato
Mengandungi 9-oxo-ODA dan Ia juga mengandungi lycopene dan beta-karoten yang membantu mengurangkan lemak perut yang degil.

11. Epal
Mengandungi pektin yang menghadkan jumlah lemak yang diserap oleh badan anda.

12. Minyak Zaitun
Boleh melawan penyakit keradangan dan termasuk obesiti.

13. Cili
Membantu meningkatkan metabolisma, mempercepat penukaran tenaga lemak perut.

14. Pisang
Jumlah serat larut yang tinggi yang membantu memperlahankan pencernaan

15. Cuka Epal
Membantu penghadaman dan mengawal tahap glukosa darah.

16. Kulit Kayu Manis
Satu sudu meja boleh membantu mengawal gula darah.

17. Quinoa
Mengandungi rangkaian asid amino, kaya protein, dan jumlah serat yang tinggi.

18. Cendawan
Rendah kalori dan lemak, mengandungi kalium untuk tekanan darah yang bertambah baik.
19. Telur
Mengandungi lemak yang sihat dan kolesterol yang baik, sumber protein yang baik yang dapat membantu membakar lemak sepanjang hari.

20. Dada Ayam
Berkualiti tinggi protein yang boleh membantu anda membina otot tanpa lemak.
21. Greek Yogurt
Mengandungi lebih banyak protein dan kurang gula daripada yogurt biasa.

22. Brokoli
Rendah kalori tetapi tinggi nutrien dan serat.

23. Asparagus
- Diuretik semulajadi yang boleh membantu membersihkan air berlebihan dalam badan.
24. Kacang Dhal
- Mempunyai serat yang tinggi dan membantu anda merasa kenyang untuk masa yang lama.
25. Kurma
- Kaya dengan zat besi, dapat mengimbangi berat badan dan mengawal tekanan darah.
Superfoods adalah makanan terbaik untuk mengurangkan berat badan!. Selain itu, kita akan merasa kenyang dengan lebih lama, mengandungi serat tinggi, protein dan banyak lagi untuk membantu anda menurunkan berat badan.
Kredit gambar: pixabay.com






Mengandungi zink dan vitamin B untuk membantu mengatasi keinginan gula.
Mengandungi serat larut yang juga boleh membantu anda merasa kenyang lebih lama.
Rendah kalori tetapi mengandungi serat tinggi.
Serat yang tinggi dan membantu mengatasi selera makan.
Mengandungi 9-oxo-ODA dan Ia juga mengandungi lycopene dan beta-karoten yang membantu mengurangkan lemak perut yang degil.
Mengandungi pektin yang menghadkan jumlah lemak yang diserap oleh badan anda.
Boleh melawan penyakit keradangan dan termasuk obesiti.
Membantu meningkatkan metabolisma, mempercepat penukaran tenaga lemak perut.
Jumlah serat larut yang tinggi yang membantu memperlahankan pencernaan
Membantu penghadaman dan mengawal tahap glukosa darah.
Satu sudu meja boleh membantu mengawal gula darah.
Mengandungi rangkaian asid amino, kaya protein, dan jumlah serat yang tinggi.
Rendah kalori dan lemak, mengandungi kalium untuk tekanan darah yang bertambah baik.
Mengandungi lemak yang sihat dan kolesterol yang baik, sumber protein yang baik yang dapat membantu membakar lemak sepanjang hari.
Berkualiti tinggi protein yang boleh membantu anda membina otot tanpa lemak.
Mengandungi lebih banyak protein dan kurang gula daripada yogurt biasa.
Rendah kalori tetapi tinggi nutrien dan serat.