Sayur hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sebagainya selalu mendatangkan masalah jika simpan lama di dalam peti sejuk. Jika dibeli, dalam 2-3 hari sahaja sayur tersebut kelihatan layu dan lembik. Jika tidak layu, sayur ini akan menjadi kekuningan dan rasa tidak enak jika dimasak dan dimakan.
PETUA SIMPAN SAYUR HIJAU AGAR SEGAR & KEKAL HIJAU LEBIH LAMA
Ads
Bagi anda yang suka membeli sayur-sayuran untuk sajian keluarga dalam tempoh seminggu, petua ini anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
Sayuran hijau ( tak perlu cuci)
Kertas surat khabar
Plastik hitam
CARA-CARA:
1. Bersihkan sayur bagi membuang pasir dan kotoran tanpa membasuhnya. Cukup sekadar lap menggunakan tisu atau kain.
Ads
2. Ambil kertas surat khabar dan bungkus sayur dengan kemas.
3. Masukkan bungkusan sayur ke dalam plastik berwarna hitam atau gelap.
Ads
4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sayur. Hasilnya sayur akan kekal segar dan berwarna hijau walau sudah dibeli seminggu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Di bulan puasa ni, agak sukar untuk kita tahu rasa masakan yang dimasak. Jadi bila sampai ‘part’ untuk letak garam, memang main agak-agak je. Kadang-kadang boleh pula kita terlupa sampai dua kali masuk garam. Dah termasin pula lauknya. Jika anda hadapi masalah ini, cara-cara di bawah boleh anda cuba.
1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.
2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.
3. MADU / GULA
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Untuk jenis hidangan berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.
5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
Ramai orang tahu minyak zaitun kaya khasiatnya untuk kesihatan. Ia mengandungi lemak baik dan antioksidan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit jantung stroke dan diabetes. Disebabkan banyak manfaat kesihatan, jom kita biasakan mengambil minyak zaitun dengan pelbagai cara. Salah satu cara paling mudah ialah dengan mencampurkannya dalam masakan dan makanan. Berikut tiga cara mudah memanfatkan minyak Zaitun dalam masakan dan makanan:-
Minyak Penumis Sayur
Mulai hari ini anda tumis sayur dengan minyak zaitun kerana kandungan lemak baiknya akan meningkatkan kadar kolestrol baik juga, selain itu, aromanya, minyak zaitun juga lebih sedap dan kandungan gizinya memenuhi keperluan kesihatan tubuh. Tetapi ingat, minyak zaitun tidak boleh digunakan untuk menggoreng kerana proses menggoreng mengambil masa lebih lama dan ia akan merosakan kandungan nutrisi. Sedangkana menumis sayur mengambil masa tidak lebih dari 10 minit.
Gunakan Sebagai Dressing Salad
Sebelum ini anda menggunakan mayones atau Thousand Island sebagai dressing salad sayuran atau buah-buahan. Mulai sekarang hentikan kerana dua sos ini mengandungi lemak yang sukar dibakar dan lebih mudah menyumbang kenaikan berat badan. Cara paling senang tukar dressing kepada minyak zaitun.Mudah je caranya, anda hanya perlu tambah sedikit garam, gula, jus lemon, serbuk lada hitam dan bawang putih yang dicincang halus. Campurkan semua bahan ini dalam botol, goncang dan tuang dalam mangkuk salad. Gaul rata dan hidangkan terus salad secara segar. Ia lebih mudah dan sihat.
Oleskan Pada Roti
Kalau selama ini anda oleskan mentega pada roti untuk sarapan pagi, Apa kata, anda tukar mentega dengan minyak zaitun kerana ia lebih kaya dengan nutrisi, lebih sedap. Tambahan pula antioksidan minyak zaitun baik untuk jantung berbanding mentega jika dijadikan amalan, ia boleh mengundang peningkatan kolestrol dan sakit jantung.
Pernah berlaku tak beli mee tapi buat stok bermingu-minggu tak masak? Bila dah beku dan berbau mulahlah masuk ke tong sampah. Cuba petua cara betul penyimpanan mee, kuey teow dan laksa basah ni. Selamat mencuba.
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yg hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa. .
1. Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mee kuning, mi kuey teow dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
2. Kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus2 tu terus dalam peti ais. Nanti dia mem”beku” dan melekat-lekat mi nya. Bila nak makan kena rebus balik, lepas tu sebab dia keras kejung mulalah dia patah2 so tak cantik mi nya. Lepas tu lama pulak nak tunggu mi tu terurai satu2 kan.
Cara yang sebetulnya (tip dari penjual laksa dan mee kari), lepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup, letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu. Pastikan dia tak seketul membongkah camtu je mi dia. Jangan kena air. Pastikan bekas nak diisi tu pun kering. Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagin chiller. Tiga minggu pun boleh tahan. Nanti time nak makan rebus air sekejap, air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi akan kelihatan elok cantik tak patah-patah