Ramai yang menyimpan telur dalam peti sejuk tambah pula memang pada pintu tersebut memang sudah tersedia rak untuk meletakkan telur.
Tapi rupanya cara simpan telur yang dipraktikkan ini salah ya. Mengikut info Public Health Malaysia, tempat itu bukan lokasi yang sesuai untuk menyimpan telur.
Ini kerana suhu di bahagian tersebut tidak stabil kerana selalu dibuka hingga memendekkan jangka hayat telur. Sebaliknya telur disarankan disimpan di tempat berikut;
1. Simpan dalam peti sejuk
- Kuning telur ada bakteria Salmonella, ia boleh dibunuh dengan menyimpannya dalam peti ais suhu 4 darjah celsius.
- Telur yang disimpan dalam peti sejuk tahan lama sehingga 4-5 minggu.
2. Jangan letak di pintu peti sejuk
- Suhu pintu dekat dengan suhu luar. Pintu sentiasa buka tutup.
- Suhu berubah-ubah memendekkan jangka hayat telur.
3. Guna bekas asal telur
- Bekas asal akan melindungi telur dari pecah.
- Mencegah telur dari menyerap bau dan rasa dari bahan lain yang ada dalam peti ais.
- Tarikh luput terpapar dan rasa yakin telur masih elok.
- Kuning telur akan sentiasa berada di tengah dengan posisi tersebut.
Semoga bermanfaat
Sumber: Public Health Malaysia