Tepung antara stok yang kena ada di dapur. Ramai juga yang membelinya dalam dua atau tiga pek supaya tak putus bekalan. Selalunya kita akan simpan tepung ini dalam kabinet.
Tapi kemungkinan besar tepung yang disimpan sebegini tidak tahan lama. Selalu akan ada ulat yang masuk dalam tepung ini, malah mungkin bertelur. Kalau dah banyak memang terpaksa dibuang, jatuh rugi pula.
Bagi memastikan tepung yang disimpan tahan lama dan tak rosak boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Mastura Fuad. Berikut adalah perkongsian beliau.
Cara simpan tepung tahan lama
Saya share macam mana saya simpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk tempoh yang lama.
Ads
– Tepung yang dibeli saya masukkan dalam freezer dalam 2 minggu. Jangan bimbang tepung tetap tidak akan beku tetapi cara ini akan mematikan segala kutu atau telur ulat tepung yang berada dalamnya.
– Boleh saja nak simpan dalam freezer selama satu minggu, tapi saya sengaja lamakan sikit .
– Selepas itu keluarkan tepung dan biarkan pada suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap.
Ads
– Lap untuk keringkan paket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag.Guna 2 zipper bag utk setiap peket tepung. Zipper bag kedua masukkan berlawan arah bahagian lock/kepala zipper bag tu. Jadi ada perlindungan ekstra dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik bocor.
– Akhir sekali simpan dalam balang plastik. Insya-Allah tepung tahan lama tak berulat.
Ads
INFO: Tarikh luput tepung kebiasaannya 6 bulan selepas dibuka.
Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.
Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.
2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Selalu bila goreng ikan cencaru sumbat minyaknya akan jadi hitam. Untuk goreng ikan seterusnya kita kena tukar minyak baru pula. Jadi banyak pulak penggunaan minyak.
Supaya tak guna minyak yang banyak, boleh guna tip yang dikongsi oleh Ariza Kak Chik ini.
Tip ini katanya diperoleh daripada laman TikTok @richardiscooking dan dipraktikkan.
Jernihkan semula minyak lepas goreng ikan cencaru sumbat
Pernah jadi masalah macam ni bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru kerana dah hitam.
Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dengan guna tepung jagung. Caranya;
1.Ambil 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.
2. Bancuh tepung tadi dan tuang air tepung jagung dalam minyak gorengan hitam yang sedang panas.
3. Biarkan seketika, nanti kita akan dapati kotoran yang ada dalam minyak akan melekat pada bancuhan tepung tadi dan minyak akan kembali jernih.
Minyak dah jernih bolehlah goreng ikan seterusnya. Jadi tak perlu tuang minyak baru.
Tip ini guna boleh digunakan untuk membersih dan jernihkan kembali minyak untuk gorengan lain juga.