
Sayur bayam yang manis memang lebih enak dimakan. Tapi ramai yang tak tahu bahawa ada tip yang boleh kita guna jika menanam pokok sayur ini bagi menghasilkan bayam yang manis.
Bagi mendapatkan sayur bayam yang manis kita sebenarnya hanya perlu menjaga pencahayaan saja. Dikongsi oleh Harun Arun berdasarkan pengalaman beliau menanam bayam, ini tip yang dikongsi dan boleh kita praktikkan.
Tip dapatkan bayam yang manis

Ini bayam yang saya tanam. Bayam ada separuh merah, benih sama, usia sama (22 hari) tapi warna berbeza.
-Yang kurang merah dapat cahaya dalam 2-3 jam sehari, tanam depan rumah.
-Yang menonjol merah dapat cahaya penuh dari pagi hingga petang, tanam tepi padang.
-Yang dapat cahaya penuh lebih cepat matang berbanding yang kurang dapat cahaya.
-Dari segi rasa sudah semestinya yang kurang dapat cahaya lebih sedap, lembut & manis.
Jadi tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.
Sumber: Harun Arun
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
7 Khasiat Buah Tembikai , Cukup Menjadikan Anda Pengggemar Buah Ini

Tembikai memang sedap dimakan begitu sahaja, potong-potong masuk peti ais. Bila makan sejuk memang aaahhh…sejuknya

Dibuat jus lagi sedap dan menyamankan. Tapi khasiatnya yang cukup menambat hati anda menjadi penggemar buah ni.
1. Melawaskan buang air kecil
Jika mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar, boleh mencuba terapi buah tembikai yang memiliki kandungan air yang tinggi, sehingga boleh meningkatkan pengeluaran urin dalam badan. Tembikai juga boleh membantu membuang racun di dalam hati sehingga melancarkan sistem dalam ginjal manusia.
2. Menurunkan tekanan darah

Orang yang memiliki penyakit hipertensi atau tekanan drah tinggi disarankan untuk makan buah tembikai. Ia mempunyai kesan yang sangat baik pada pembuluh darah dan mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.
3. Mengelak dari kanser
Tembikai memiliki kandungan vitamin C dan Lycopene, kedua zat ini sangat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu.

4. Mengatasi sembelit
Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan serat dan air dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.
5. Mencegah dehidrasi
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjalberkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan ganguan pada ginjal.
Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana lkandungan airnya yang banyak.
6. Mengatasi kekejangan otot

Pernahkah anda mengalami kekejangan otot? Cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terkandung dalam tembikai memiliki kesan yang baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih santai sehingga otot diredakan.
7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok
Pada buah tembikai terdapat unsur yang mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga menyihatkan jantung.
Banyak kan khasiatnya, bolehlah jadi penggemar buah tembikai lepas ni.
FB : Petua Sihat Bersama
Cara Buat Kacang Salut Tepung Paling Mudah & Sedap.

Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-

Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.

Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.
Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain:
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.

Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu:
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.
Goreng Dengan Api Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan minyAK, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

KACANG TANAH SALUT TEPUNG:
BAHAN-BAHAN:
- 600gm kacang tanah | kupas, sangai, biarkan dingin dulu
- 2 biji telur
- 4 sudu makan | margerin yang dicairkan
- 150gm gula halus
- 6 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 sudu teh garam
- 400gm tepung gandum
- 100 tepung ubi
- minyak goreng
CARA MEMASAK:
- Campurkan telur, margerin, bawang putih, gula halus dan garam , kacau rata.
- Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, gaul hingga rata.
- Tuangkan ke dalam bekas campuran tepung gandum dan tepung ubi. gaul gunakan rata dan pastikan ia tidak melekat.
- Tuang pula dalam bekas jarang dan ayak supaya lebihan tepung jatuh ke bawah.
- Lakukan proses yang sama hingga kacang habis.
- Goreng dalam minyak panas di atas api sderhana hingga warna kecoklatan.
- Angkat dan toskan minyak, setelah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Petua Pilih Epal Rangup & Sedap, Baru Seronok Mengunyahnya.

‘An apple a day keeps the doctor away’, ni ungkapan yang menggambarkan betapa pentingnya epal untuk kesihatan. Epal kaya dengan khasiat dan vitamin dan jika dimakan secara rutin harian dan teratur ia mampu menghindari pelbagai penyakit seperti serangan jantung, stroke dan kanser.

Pastikan epalnya rangup dan mengandungi banyak air.
1. Ketuk epal
Caranya ketuklah epal dengan jari jika berbunyi nyaring menandakan ia rangup dan mengandungi banyak air. Pilih epal yang keras dan kemudian tekan dengan lembut rasa. Jika epal tidak terasa keras maka epal itu tidak rangup.
2. Perhatikan kulit
Pilih epal yang mempunyai kulit bersih tanpa tompok hitam, berwarna cerah dan berteksur baik.
3. Perhatikan ukuran
Ukuran epal menentukan matang atau tidaknya epal. Semakin besar epal semakin matang isinya.
4. Hindarkan epal berbintik-bintik
Jika epal ada bitnik bitnik di bahagian kulitnya bererti epal tidak lagi rangup, Pastikan epal yang anda pilih terasa keras bila ditekan dengan jari
5. Hidu aroma dan baunya
Epal yang sudah matang akan mengeluarkan aroma khas yang harum.
6. Bersih betul-betul
Pastikan epal dibersih betul-betul, boleh juga menggunakan bahan pencuci buah. Tahukah anda epal yang belum dibersihkan masih terdapat sisi racun serangga dan bakteria

7. Lepas dihiris rendam dalam air garam
Untuk mengelakkan cepat lembam setelah dipotong, hirisan epal boleh direndam dalam air garam untuk mengelakkan cepat perang dan mengekalkan rasa rangupnya.

