Selain ulam kacang botor, atau kelisa, pokok selom juga antara ulam yang selalu ditanam di rumah.
Ini kerana cara penanaman pokok ini memang mudah, lagi menarik kita boleh makan hasilnya dalam tempoh singkat. Lebih kurang sebulan tanam, dah boleh petik daunnya. Tanam dalam polibeg saja pun elok suburnya.
Bagi yang cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Muhammad Fertigasi Masa Kini. Cara ini menurutnya membolehkan pokok selom cepat merimbun dan cepat tuai hasilnya.
Cara semai pokok selom dan penjagaannya supaya cepat merimbun
1. Langkah pertama, pergi pasar cari ulam daun selom. Kalau boleh cari yang batang banyak katih atau ruas macam tebu. Cari yang keras, jangan terlampau lembik.
2. Potong batang selom ikut ruas batang selom.
3. Letak air dalam bekas, tak perlu penuh pun kemudian rendam potongan batang selom tadi.
Ads
4. Campurkan sedikit baja AB untuk percepatkan pertumbuhan akar. Biarkan batang selom direndam selama 2-3 hari hingga nampak akar keluar.
5. Apabila sudah berakar, bolehlah terus semai ke dalam polibeg berisi cocopeat jika tiada tanah. Jika ada cocopeat bekas tanaman sebelum ini lagi bagus, sebab cocopeat tersebut hancur dan mampu bertahan lama jika disiram air.
Ads
6. Perlu diingat cocopeat perlu dibasahkan terlebih dahulu sehingga lencun kemudian baru boleh semai batang selom.
7. Dalam satu polibeg boleh letak dalam 8 potongan. Selepas tanam siram hari-hari sampai lencun.
Ads
8. Selangi dengan siraman baja AB Insya-Allah dalam sebulan lebih pokok merimbun dan boleh buat ulam makan sendiri atau jual.
INFO
Lagi besar polibeg lagi banyak dapat hasil. Kalau tiada polibeg, boleh guna guni yang potong separuh dan letak cocopeat. Seterusnya boleh semai batang selom.
Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek elektrik ( berbadan plastik) yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat air yang tidak menyenangkan. Walaupun dibasuh menggunakan span, kesan tersebut masih ada dan tidak bersih sepenuhnya.
Ada petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tanpa bahan peluntur kimia berbahaya. Anda hanya memerlukan:
CARA BERSIH KESAN KARAT AIR PADA CEREK
foto: cozzy.org
BAHAN-BAHAN:
Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
Cuka makan – jumlahnya 2/3 jumlah air
CARA-CARA:
1. Campurkan air bersama cuka. Kacau sebati.
foto: www.thekitchn.com
2. Masukkan air yang dicampur dengan cuka tadi ke dalam cerek elektrik, didihkan dan biarkan semalaman.
foto: www.thekitchn.com
3. Selepas itu, basuh dan sental guna span lembut di bahagian yang ada karat air.
4. Bilas menggunakan air bersihdan keringkan. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih dari biasa.
ATAU anda juga boleh gunakan buah lemon! Caranya sama seperti yang menggunakan cuka tadi.
BAHAN-BAHAN:
Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
1 biji lemon – hiris
CARA-CARA:
Isikan air ke dalam cerek dan masukkan buah lemon.
Didihkan air seperti masak air biasa. Kemudian rebusan air bersama lemon selama semalaman atau beberapa jam.
Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.
Hasilnya cerek anda lebih bersih berbanding sebelum.
Sudip kayu antara peralatan memasak yang akan ada di dapur kita. Ada yang bertaraf ‘legend’ kerana sudah lama digunakan.
Biasanya sudip kayu yang lama ini mesti akan ada kesan kotoran akan melekat di bahagian hujungnya. Kalau cuci dengan sabun biasa memang tak tanggal.
Sebelum ini pernah viral cara untuk membersihkannya adalah dengan merendam alatan memasak ini dengan air panas. Tapi rupanya cara itu pun kurang sesuai. Teknik rendaman boleh membuatkan kayu cepat reput, patah atau rosak.
Sebenarnya, terdapat satu kaedah yang boleh digunakan untuk menjaga senduk kayu ini iaitu dengan menggunakan minyak, sama ada minyak zaitun atau minyak kelapa. Tip ini dikongsi oleh Awang Dapur.
Cara-cara
1. Basuh senduk atau sudip seperti biasa kemudian biarkan senduk kayu kering terlebih dahulu.
2. Kemudian tuang minyak zaitun pada sudip dan lap keseluruh bahagian menggunakan tisu kering.
3. Biarkan selama empat hingga 12 jam sehingga kering.
4. Lap lebihan minyak yang terdapat pada senduk menggunakan tisu kering.
Sebagaimana dinyatakan, teknik ini boleh dilakukan sekali setiap tiga atau enam bulan untuk mendapatkan semula warna senduk yang asal.
Selain senduk, sudu atau papan pemotong jenis kayu juga boleh dicuci menggunakan cara sama.
Nampak macam mudah untuk menyediakan paru goreng tapi kalau tak kena pada gayanya, mulalah rasa tak sedap, terasa liat dan berbau hanyir. Cikgu Afy kongsikan tip dan teknik yang betul kalau nak dapatkan rasa paru goreng yang garing dan sedap tanpa berbau hanyir. Jom cuba.
Ini rupa paru yang telah dibersihkan.
TIP HILANGKAN HANYIR PARU:
1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.
2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping.
Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.
Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.
TIP UNTUK GORENG PARU GARING:
Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh.
Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi.
Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
Gunakan api sederhana perlahan.
Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap
Siap untuk paru yang garing!
Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!