1158290_l

Pengguna berhak diberi peluang untuk membuat pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan bermutu. Namun, tidak dinafikan di dalam perniagaan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh penjual. Antara bentuk penyelewengan yang sering dialami oleh pengguna adalah seperti harga yang ditawarkan terlalu tinggi, kualiti barang yang rendah dan sebagainya. Menyedari hal ini, kita sebagai pengguna harus bijak dalam soal membuat pilihan. Seharusnya, kumpulkan seberapa banyak maklumat berkaitan produk yang ingin dibeli untuk memudahkan anda menilai sebelum proses jual beli dilakukan.

Umpamanya ketika ingin membeli barang-barang dapur seperti ikan, sayur daging dan sebagainya. Pengguna bukan sahaja kena peka dengan harga semasa, namun perlu pakar di dalam menentukan tahap kesegaran bahan-bahan tersebut agar wang yang dibelanjakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga.

Tip menentukan kesegaran bahan makanan
Sayur dan buah

  • Pastikan ianya tidak layu
  • Warnanya kelihatan segar
  • Pilih sayur dan buah yang bebas dari ulat dan serangga
  • Sayuran yang ditanam secara hidroponik adalah lebih bersih dan selamat.

Tip Tentukan Kesegaran Bahan Makanan

Makanan laut (ikan, udang, ketam dan sotong)

  • Kulit bersinar dan berwarna terang
  • Tidak diselaputi lendir yang tebal
  • Perhatikan matanya, jika segar dan menonjol bermakna ianya masih segar.
  • Lihat juga bahagian insang, pastikan berwarna merah cerah.
  • Tidak berbau busuk dan sisik ikan berkilat
  • Isinya kenyal

Tip Tentukan Kesegaran Bahan Makanan

IKLAN

Daging

  • Kelihatan segar dan tidak berselaput.
  • Kesegaran daging juga boleh dilipat pada warna. Daging lembu warnaya merah terang dan daging kerbau pula berwarna merah tua. Manakala daging kambing mempunyai warna merah yang lebih gelap daripada daging lembu.
  • Tidak berbau busuk dan biasanya warna akan berubah menjadi kecoklatan jika telah tidak segar.
  • Tekstur daging kenyal, padat dan tidak kaku.

Ayam

  • Segar dan tidak berbau busuk.
  • Kulit ayam berwarna putih kuning kekuningan hingga kuning tua.
  • Perhatikan bahagian hujung tulang, jika berwarna merah muda itu menandakan ayam masih segar.

Telur

  • Kulit telur di dalam keadaan baik.
  • Tidak retak
  • Tidak terdapat banyak najis di bahagian kulit

Tip Tentukan Kesegaran Bahan Makanan

IKLAN

Bijirin/kekacang

  • Tidak dicemari oleh serangga atau kulat

Tip Tentukan Kesegaran Bahan Makanan

Sumber gambar: 123 royalty free

IKLAN

Ada yang shopping  peralatan memasak yang baru? Boleh Klik sini .

Bingka Ubi Paling Sedap, Boleh Buat Minum Petang

Kuih Peneram Kuih Tradisi. Guna Lima Bahan, Sukatan Cawan Aje.

Cara-Cara Rebus Biji Sagu Supaya Jernih, Bulat & Tak Hancur.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI