Kuih bahulu ialah kuih tradisi Melayu yang enak dimakan sebagai kudapan ataupun minum petang.
Lagi sedap bila makan pula dengan kopi atau teh panas.
Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu memang menjadi kegemaran ramai. Jika dahulu dibakar menggunakan sabut, namun sekarang boleh hasil gunakan ketuhar eletrik.
Tapi macam mana nak elakkan adunan melekat pada acuan? Jom kita tengok tips yang dikongsikan Badariah Abdrahman.
Menurut Badariah, tips yang digunakan daripada arwah ibunya ini sangat membantu dan sudah 20 tahun mengamalkannya.
Ads
Tips yang diamalkan ini turut meliputi bagaimana kaedah penyimpanan acuan selepas digunakan.
*Apabila acuan dibasuh, ia dijemur di bawah terik cahaya panas matahari.
*Apabila sudah kering, bubuh minyak panas dan dibiarkan semalaman.
*Selepas guna untuk membakar bahulu, jangan basuh. Sebaliknya, simpan dengan cara tutup dengan plastik dan tindih dengan acuan satu lagi. (ini cara saya kerana saya hari-hari buat dan bakar bahulu)
Ads
*Bila nak gunakan, hanya panaskan saja. Kalau acuan yang lama tak digunakan, boleh dilap sahaja.
*Kalau nak basuh, keringkan di bawah kipas pun okay.
*Yang pasti, acuan mesti panas dan sapu minyak. Kemudian, bubuh sedikit adunan sebagai percubaan untuk tengok sama ada ia melekat atau tidak.
Ini cara saya kerana sudah mengamalkannya lebih 20 tahun. Mungkin anda di luar sana ada cara lain. Kita kongsi bersama.
Kebanyakan makanan laut seperti udang dan sotong kecut bila dimasak. Tak berbaloi rasanya bila masak dalam kuantiti banyak tapi hasil selepas masak jadi sebaliknya. Contohnya sotong, masa beli 1 kg, nampak banyak. Tapi bila dimasak, dapat satu pinggan je. Aduhai…Namun sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk elakkan sotong dari terlalu kecut semasa dimasak. Mudah je. Puan-puan boleh cuba.
PETUA ELAK SOTONG JADI KECUT SEMASA MASAK
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong segar
1 cawan air
2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
3. Kemudian toskan air sotong tadi.
4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
RESIPI SOTONG SUMBAT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
20gm bawang putih | dikisar
15gm halia | dikisar
3 biji cili padi | dikisar
10gm garam
5gm serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam serta serbuk kunyit.
Kemudian perapkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
Oles sedikit minyak pada pemanggang dan panggang sotong sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati mengikut cita rasa anda.
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya.
Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1.Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2.Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3.Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4.Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
5.Guna Minyak Panas
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
6.Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7.Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8.Simpan Dalam Balang Kedap Udara
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
9.Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Santan segar memang membuatkan masakan lebih enak cuma jadi masalahnya untuk menyimpannya. Santan segar ini perlu diletak dalam peti sejuk supaya tahan lama. Kalau bekalan elektrik terputus lama, memang menyebabkan santan rosak.
Supaya santan yang disimpan tak basi bila bekalan elektrik terputus boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia kekal elok. Tip ini dikongsi oleh pakman3390 dalam akaun TikTok beliau.
Menurut beliau cara ini membolehkan santan tetap segar selama 2-3 hari walaupun disimpan di luar peti sejuk.
Cara simpan santan luar peti ais supaya tak basi
1. Masukkan santan dalam satu bekas kemudian letak ais sampai menutupi semua santan.
2. Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.
3. Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.
Fungsi garam halus ini untuk ais tahan lama. Boleh biarkan saja santan dalam ais ini dan ia akan kekal elok di luar peti ais selama 2-3 hari.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!