Kuih bahulu ialah kuih tradisi Melayu yang enak dimakan sebagai kudapan ataupun minum petang.
Lagi sedap bila makan pula dengan kopi atau teh panas.
Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu memang menjadi kegemaran ramai. Jika dahulu dibakar menggunakan sabut, namun sekarang boleh hasil gunakan ketuhar eletrik.
Tapi macam mana nak elakkan adunan melekat pada acuan? Jom kita tengok tips yang dikongsikan Badariah Abdrahman.
Menurut Badariah, tips yang digunakan daripada arwah ibunya ini sangat membantu dan sudah 20 tahun mengamalkannya.
Tips yang diamalkan ini turut meliputi bagaimana kaedah penyimpanan acuan selepas digunakan.
*Apabila acuan dibasuh, ia dijemur di bawah terik cahaya panas matahari.
*Apabila sudah kering, bubuh minyak panas dan dibiarkan semalaman.
*Selepas guna untuk membakar bahulu, jangan basuh. Sebaliknya, simpan dengan cara tutup dengan plastik dan tindih dengan acuan satu lagi. (ini cara saya kerana saya hari-hari buat dan bakar bahulu)
*Bila nak gunakan, hanya panaskan saja. Kalau acuan yang lama tak digunakan, boleh dilap sahaja.
*Kalau nak basuh, keringkan di bawah kipas pun okay.
*Yang pasti, acuan mesti panas dan sapu minyak. Kemudian, bubuh sedikit adunan sebagai percubaan untuk tengok sama ada ia melekat atau tidak.
Ini cara saya kerana sudah mengamalkannya lebih 20 tahun. Mungkin anda di luar sana ada cara lain. Kita kongsi bersama.
Kredit: Badariah Abdrahman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: