Ramai yang menggemari kuih bijan atau dikenali juga dengan kuih bom ini. Namun, kebanyakannya lebih senang membeli di gerai kerana bimbang kuih tersebut mudah meletup ketika digoreng.
Kali ini tak perlu bimbang lagi. Resipi perkongsian daripada Noorastella Muhamma ini akan menghasilkan kuih bom yang lembut dan kekal kenyal walaupun selepas berjam-jam digoreng. Paling penting, kuih ini tidak meletup mahu pun pecah ketika digoreng.
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung pulut – Boleh beli online di sini
4 mangkuk tepung gandum – Boleh beli online di sini
(1 mangkuk = 390g)
*Bermaksud 4 mangkuk × 390g = 1kg 560g
¾ sudu sup garam
1 sudu sup yis / ragi – Boleh beli online di sini
2 sudu sup gula
1.5 liter air
CARA MEMASAK:
*Adunan berikut akan menghasilkan lebih kurang 200 biji kuih bom.
Inti kuih bom terpulang pada selera semua. Di sini, saya selalu gunakan 3 jenis inti:
-Kacang hitam (readymade)
-Kacang tanah dikisar dengan gula pasir
-Kelapa putih dimasak dengan gula merah dan sehelai pandan untuk aroma wangi
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam besen yang besar.
Masukkan 1.5 liter air sedikit demi sedikit dan uli rata.
Doh yang sempurna adalah doh yang tidak melekat di tangan dan juga di besen.
Ambil sedikit doh. Sesuaikan ikut saiz kesukaan anda.
Tekan doh agar menjadi lebar. Jangan terlalu nipis bagi mengelakkan doh bocor ketika dimasukkan inti nanti.
Masukkan inti.
Kemudian, tutup inti dan kemaskan bulatan doh.
Setelah siap, ulikan doh dalam mangkuk berisi bijan putih. Golek-golekkan agar permukaan doh rata disaluti bijan.
Ini contoh doh yang siap disalut bijan. Saiz berbeza-beza sebab banyak tangan yang join menguli doh. Hehehe…
Siap sahaja proses mengisi inti kuih bom, mulai panaskan minyak dengan api yang sederhana. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih bom.
Bila sahaja permukaan minyak sudah penuh dengan kuih bom, terus perlahankan api. Ini tips untuk mendapatkan kuih bom yang kenyal dan lembut.
Sentiasa gaul kuih ketika dalam proses menggoreng supaya kuih masak dengan sekata.
Angkat kuih bila warna telah bertukar keemasan. Proses menggoreng tidak perlu lama. Cukup 3 hingga 4 minit mengikut saiz kuih anda.
Inilah hasilnya. Kuih bom yang lembut dan sesuai dinikmati dengan teh O suam. Maveles!
Ini pula sukatan dalam kuantiti sedikit untuk adunan makan-makan bersama keluarga. Itu pun dapat 100 biji lebih. Kawan-kawan pandai-pandai sukat sendiri ye kalau nak dapat lagi sikit daripada itu.
Selamat mencuba.
Kredit: Noorastella Muhamma
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official