Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Ads
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Ads
Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Walaupun pandai memasak tapi mungkin ramai yang keliru antara jintan putih dan jintan manis. Nampak seakan sama tapi keduanya ada beza dari saiz, warna dan juga penggunaan untuk masakan. Sebagai panduan berikut adalah perbezaan antara jintan putih dan jintan manis.
Jintan putih
Saiz – lebih halus dari jintan manis sebab itu ia juga dipanggil jintan halus
Warna – sedikit gelap dengan jintan manis
Untuk dapatkan rasa dan aroma sepenuhnya sangai jintan putih tanpa minyak dan tumbuk sebelum masuk dalam masakan.
Digunakan dalam masakan berbentuk stew, kari dan ramuan panggang terutamanya masakan kambing dan ayam.
Jintan manis
Saiz lebih besar dari jintan putih. Disebabkan ia juga dipanggil jintan kasar.
Berwarna cerah daripada jintan putih
Dalam masakan Melayu, jintan manis selalu digunakan Bersama jintan putih. Ia dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan.
Bila tiba musim Raya Haji, stok daging paling banyak ada di dapur. Dan biasanya, lauk paling mudah untuk masak ialah buat sup.
Walaupun suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut pula tahap kolestrol naik mendadak.
Mungkin ada banyak sebab lain untuk menjadi punca kita mendapat kolestrol tinggi, tapi ini masanya untuk tahu mengawalnya namun dalam masa sama, masih dapat merasa hidangan yang kita gemari.
Selalunya sebelum memasak sup, kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
2. Selepas itu asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
3. Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Cara lain untuk asingkan lemak ialah dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk.
Kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.