Tips & Petua Penjagaan Pokok Kesum Untuk Terus Hidup

Share

Ada yang kata senang je nak tanam pokok kesum. Ada juga yang kata susah nak tanam kerana walaupun pelbagai usaha dilakukan masih juga tak menjadi. Berlainan pula dengan yang sekali menanam dan pokok terus hidup seperti tak mahu gagal, sampai tak termakan pulak.

Kesum ini adalah sejenis tumbuhan yang mampu hidup di dalam air, tetapi juga mampu hidup di atas tanah.

Menerusi perkongsian daripada Alin Lin, rupanya ada 2 jenis kesum sebenarnya, satu jenis kecil dan satu lagi jenis besar.

Kesum yang jenis kecil, ia memang suka tinggal di dalam air. Jika air lalu, contoh dalam parit, ia akan cepat membiak hidup subur tanpa baja.

Manakala kesum yang jenis besar, ia sangat cantik jika ditanam atas tanah sebab kesum besar memang lebih tinggi dari kesum yang kecil.

“Tanamlah kesum di kawasan atau di tanah yang lembab. Kalau diingat dulu-dulu, mak-mak tanam kesum di tepi-tepi longkang sebab tepi tu sejuk dan banyak air. Tapi ada pula yang geli nanti longkang tu laluan air apa.

“Jadi carilah tempat di tepi rumah laluan air hujan. Kita panggil cucur atap. Mana yang rumahnya keliling ada longkang, laluan air hujan lagi bagus. Jika tiada, cukuplah sekadar tepi rumah di mana tempat air hujan turun.”

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA NAK TANAM KESUM

*Cuba korek-korek sikit tanah tu ada nampak lembab tak di dalamnya. Jika ada, dah boleh sediakan benih keratan kesum.
*Bila kita menanam, janganlah tanam sebatang-sebatang. Tanamlah sekurang-kurangnya 3 batang atau 4 dalam satu lubang. Jangan pula tanam seikat dalam satu lubang.

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef 

PERATURAN SIRAM AIR

*Setelah tanam, siram air pagi dan petang. Jika hujan, senang kerja kita. Tak perlulah siram lagi sebab tempat tu dah memang air hujan turun.
*Selepas beberapa hari antara 4 keratan yang kita tanam, pasti ada antaranya tak semua hidup. Pasti ada yang mati (tapi kalau hidup semua alhamdulillah).

CARA KENAL PASTI KERATAN & TANAM

*JANGAN cabut jika nampak keratan tu hitam. Biarkan je. Dalam 10 lubang, pasti ada yang jadi. Memang dia nampak macam kering atau mati tapi pasti ada yang jadi. Sabar, selagi keratan tu tak menyembah bumi, selagi tu kita ada harapan.
*Tanam keratan berpandukan ruasnya, kerana akar akan tumbuh pada ruas-ruas tersebut. Tanamlah dalam sikit tak mengapa.
*Pastikan keratan kesum yang cukup tua, ia lebih senang untuk hidup.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

PERATURAN POTONG

*Setelah pokok membesar setinggi paras lutut, pokok kesum harus dipotong. Jika tak makan, sedekahlah kepada jiran. Atau boleh buat 3 ke 4 peringkat.
*Contoh, minggu ini kita kerat selonggok atau senang cakap, secekak. Simpan atau bagi jiran. Minggu depan potong lagi secekak. Jadi nanti nampak kesum tu naik bertingkat-tingkat. Jadi, tidaklah dia membazirkan. Nak potong semua takut pula esok nak guna dah tak ada daunnya.

KENAPA PERLU DIPOTONG?

Kenapa kesum perlu dipotong jika ia sudah tinggi dan mula rebah? Sebab ia boleh mati kerana kita tak petik. Jadi makin kerap kita potong, makin banyak pokoknya nanti makin rimbun.

TIPS & PETUA LAIN:

1. Kesum tidak memerlukan baja yang banyak. Cukup air, cukup sinar matahari, sudah memadai untuk dia hidup dengan subur.
2. Ada jenis serangga yang sukakan daun kesum. Jika nampak daunnya mula dimakan ulat, bolehlah semburkan racun serangga. Jika ia cantik dan tidak ada serangga yang makan, tidak perlulah kita meracun.
3. Kenapa saya beli pokok kesum dan bila sampai di rumah, ia semakin layu dan mati? Ini kerana akarnya terkejut dengan air yang berlebihan dan mungkin kurang. Sebaiknya kesum ditanam di atas tanah yang lembab.
4. Kenapa sahabat saya tanam kesum dalam pasu menjadi dan subur? Kerana dia menanam dari awal keratan dan siraman yang konsisten setiap hari. Pokok tidak mengalami perubahan mendadak dari segi pencahayaan dan kawasan sekitar.
5. Susah ke tanam kesum? Tidak susah jika kena cara dan tanahnya. Tapi susah juga jika kawasannya gersang dan terdedah matahari yang terik.

Kredit: Alin Lin

Ingin tahu bagaimana nak simpan kesum kekal segar? Boleh cuba petua ini:

Tinggal di rumah bertingkat dan tiada ruang yang cukup luas untuk bercucuk tanam? Boleh cuba cara ini di balkoni sendiri:

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff