Ada mak-mak di sini kesuntukan masa untuk memasak? Mana nak uruskan anak kecil, si abang atau kakak,juadah untuk makan juga perlu disiapkan. Wah, memang macam lipas kudung nak uruskan.
Jadi, ini antara teknik supaya tak perlu masak banyak lauk menerusi resipi Sambal Padang yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin.
Ayam goreng kunyit. Tambah sambal padang, terus jadi kacak luar biasa. Makan dengan nasi panas. Tambah kicap saja
Ads
Kalau ada anak-anak kecil yang kurang makan pedas, adalah dengan mempersiapkan simpanan sambal segera. Yang kalau nak makan tinggal senduk/ panaskan sekejap sahaja.
1.Basuh bahan di atas dan toskan. Masukkan dalam alat pengisar. Tambahkan sedikit air. Kisar kasar semua bahan. 2. Kemudian, panaskan minyak. Tumis dalam minyak panas. Pastikan minyak kena betul-betul panas. Minyak banyak dalam separuh dari jumlah bahan kisar.
3. Bila dah bertukar sikit warna cili, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk ke apa, sambil kacau kejap kejap. Jangan kerap sangat; nanti dia menyampah. Jangan lama sangat; nanti dia kata kita dah tak kisah. 4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh masukkan ajinomoto kalau suka. 5. Tutup kejap. Lepas 5 minit boleh tutup api. 6. Saya simpan dalam bekas kaca. Lebih baik dari bekas plastik. Memang berminyak sikit tapi minyak tu yang buat tahan lebih lama. Lepas tu kena simpan dalam peti sejuk (bukan beku) ya.
Ads
*Bila nak makan, saya senduk masuk dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave 1 minit.
Terung goreng minyak sikit. Tambah sikit sambal atas dia. Cantik minimalis natural look orang kata.
Sotong ni memang salah satu makanan laut yang istimewa. Boleh dimakan sebagai lauk misalnya sotong masak sambal tumis. Boleh juga dimakan sebagai kudapan misalnya sotong kering yang nipis-nipis macam jajan tu. Boleh juga dibuat manisan misalnya ketupat sotong.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ketupat sotong versi Kelantan yang dibuat oleh pengguna facebook dengan akaun Zurila Ghani
KETUPAT SOTONG KELANTAN
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut
1 kotak santan
Sedikit garam
1 kilo sotong
2 keping nise atau gula melaka
1biji bawang merah | dihiris
Sedikit halia | dihiris
3 helai daun pandan
Sedikit halba
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
Serunding Ikan memang popular lebih-lebih lagi bila tiba bulan puasa. Bila sahur kan tak ada selera, jadi serunding ni memang sesuai benar lah dijadikan lauk. Jangan tak tahu, serunding ni pun sesuai dijadikan inti popia simpul atau karipap mini tau. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya!
SERUNDING IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 kg ikan selayang/ sardin
1/2kg bawang merah – dikisar halus
1 inci halia – dikisar halus
15 tangkai cili kering – dikisar halus
4 ulas bawang putih – dikisar halus
3 biji bawang besar – dikisar halus
1/2kg pati santan/santan pekat
3 keping asam gelugur
1 keping gula melaka – lebih kurang
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan rebus dengan garam serta asam keping hingga masak.
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Kemudian ramas atau kisar hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali besar, masukkan semua bahan yang dikisar halus.
4. Masukkan santan, asam keping dan juga gula melaka. Boleh juga guna gula biasa. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing. Gaul hingga semua bahan mesra dan gula larut.
5. Tambahkan isi ikan.
6. Gaul lagi hingga sebati seperti ini.
7. Teruskan memasak serunding menggunakan api sederhana sehingga serunding kering. Anggaran masa untuk serunding kering sepenuhnya adalah lebih kurang 1 jam.
8. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati ikut cita rasa anda.
Laksa Johor adalah sajian istimewa yang menjadi kebanggaan rakyat Johor dan merupakan sajian wajib cuba bila berkunjung ke sana. Berbanding dengan laksa negeri lain yang menggunakan laksa beras dan mi, hidangan ini menggunakan spageti. Unik tapi sedap. Nak cuba buat sendiri sajian ni? Saudari Nuryusra Ibrahim Kutty ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK LAKSA JOHOR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus spageti – rebus lembut & sanggulkan
2 batang serai – ketuk
4 senduk cili kisar
4 sudu makan rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air supaya jadi pes
4 sudu makan kerisik
2 kotak santan
4 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
2-3 tangkai daun kesum
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
BAHAN RENCAH IKAN:
4-5 ekor ikan kembung/selar/selayang/parang
5-6 ekor udang
Udang kering – kisar
Ikan masin kurau – kisar
BAHAN SAMPINGAN:
Timun
Kacang panjang
Daun kesum/daun selasih
Bunga kantan
Bawang holland
Limau Kasturi
Sambal belacan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan, rebus, buang tulang dan kisar isi guna air rebusan ikan. Tuang dalam mangkuk.
2. Masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Tuang air dan kisar halus. Tapis dan ambil air kisarannya untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai hingga keluar minyak.
4. Masukkan pes rempah kari dan cili kisar.
5. Masukkan kisaran isi ikan dan tulang, udang, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar. Biarkan seketika hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
7. Masukkan juga asam gelugur, kerisik dan juga santan.
8. Akhir sekali, perasakan kuah dengan garam dan gula perang / gula melaka dengan secukupnya.
9. Sedia untuk dinikmati bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira