Ada mak-mak di sini kesuntukan masa untuk memasak? Mana nak uruskan anak kecil, si abang atau kakak,juadah untuk makan juga perlu disiapkan. Wah, memang macam lipas kudung nak uruskan.
Jadi, ini antara teknik supaya tak perlu masak banyak lauk menerusi resipi Sambal Padang yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin.
Ayam goreng kunyit. Tambah sambal padang, terus jadi kacak luar biasa. Makan dengan nasi panas. Tambah kicap saja
Kalau ada anak-anak kecil yang kurang makan pedas, adalah dengan mempersiapkan simpanan sambal segera. Yang kalau nak makan tinggal senduk/ panaskan sekejap sahaja.
SAMBAL PADANG
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar sikit – beli online di sini
Bawang putih sikit – beli online di sini
Cili merah – beli online di sini
Cili hijau (lebih murah)
Cili api – beli online di sini
* Kuantiti agak-agaklah ya. Di dalam gambar, bawah lapisan yang nampak ni ada dalam 2 lapisan lagi.
CARA-CARA:
1.Basuh bahan di atas dan toskan. Masukkan dalam alat pengisar. Tambahkan sedikit air. Kisar kasar semua bahan.
2. Kemudian, panaskan minyak. Tumis dalam minyak panas. Pastikan minyak kena betul-betul panas. Minyak banyak dalam separuh dari jumlah bahan kisar.
3. Bila dah bertukar sikit warna cili, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk ke apa, sambil kacau kejap kejap. Jangan kerap sangat; nanti dia menyampah. Jangan lama sangat; nanti dia kata kita dah tak kisah.
*Bila nak makan, saya senduk masuk dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave 1 minit.
Terung goreng minyak sikit. Tambah sikit sambal atas dia. Cantik minimalis natural look orang kata.
Kredit resipi: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official